2 beradik antara 3 budak lemas di kolam kumbahan
2 beradik antara 3 budak lemas di kolam kumbahan

SIBU : Tiga kanak-kanak termasuk dua beradik ditemui lemas dalam kolam kumbahan berhampiran pangsapuri Sibu Jaya, di sini, hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 4.03 petang.
Katanya, sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi anggota dimaklumkan tiga mangsa kanak-kanak iaitu dua perempuan dan seorang lelaki terjatuh ke dalam kolam dengan kedalaman dua meter.
“Namun ketika bomba tiba, ketiga-tiganya sudah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam,” katanya melalui hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
Ketiga-tiga mangsa tidak sedarkan diri dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12; adiknya bersuia sembilan tahun, Macx Welwait Merdeka dan Daniella Arissa Tayas Maringgai, 10.
“Kakitangan paramedik Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan ketiga-tiga mangsa sudah meninggal dunia.
“Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
2 beradik antara 3 budak lemas di kolam kumbahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Johor Perkukuh Ekosistem Bandar Pintar Melalui Peruntukan 2026
- RUU Jenayah Siber Lindungi Keselamatan Siber Negara, Hak Pengguna Di Ruang Digital
- Hentikan Cadangan Mengundang Salah Tafsir, Utamakan Masalah Rakyat – Dr Masliha
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bimbingan Khas Warga Emas, OKU Mudahkan Pendaftaran MyDigital ID
You must be logged in to post a comment.