Salah tempat berasmara, 2 pelancong didenda lebih RM1,200

Salah tempat berasmara, 2 pelancong didenda lebih RM1,200

Salah tempat berasmara, 2 pelancong didenda lebih RM1,200
GAMBAR fail menunjukkan sebuah tuk-tuk membawa penumpang di Bangkok. – AFP

BANGKOK –  Polis di Phuket, Thailand mendenda dua pelancong Perancis sebanyak 5,000 baht (RM600) setiap seorang selepas  klip video mereka melakukan aksi seks di dalam sebuah tuk-tuk tersebar luas di media sosial, lapor laman berita VN Express hari ini.

Klip video yang mula tular  di internet pada 30 Januari lalu itu  menunjukkan mereka melakukan hubungan intim di dalam tuk-tuk semasa dalam perjalanan melalui Bukit Patong.

Rakaman itu  mencetuskan kemarahan awam dan kritikan kerana mencemarkan imej Phuket sebagai pulau peranginan popular, lapor akhbar Thai Khaosod.

Polis segera bertindak selepas menerima gambar dan maklumat daripada penduduk tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

 

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan


Polis menyoal siasat pemandu tuk-tuk dikenal pasti sebagai Kittisak Phonbamrung yang berkata, dia membawa pelancong tersebut ke sebuah hotel di Ratsada, Daerah Mueang, lapor The Phuket Express.

Pada 31 Januari lepas, polis menjejaki dua suspek, Valentine Celine Johanne dan Crouzier Wesley Franck, kedua-duanya warga Perancis dan menahan mereka untuk disoal siasat.

Pasangan itu didakwa kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di khalayak ramai dengan mendedahkan badan mereka atau terlibat dalam tingkah laku lucah.

Kedua-dua suspek mengaku bersalah. – AGENSI

Salah tempat berasmara, 2 pelancong didenda lebih RM1,200

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker