Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota

PEMUDA UMNO Jalan Menteri mengambil maklum perbahasan berhubung cadangan pelaksanaan pilihan raya Datuk Bandar Kuala Lumpur. Setelah menilai implikasi jangka pendek dan panjang, kami berpendirian bahawa cadangan ini wajar diteliti dengan penuh kebijaksanaan, keinsafan sejarah serta mengambil kira realiti sosiopolitik ibu negara.
Sebagai generasi muda yang cintakan kestabilan dan keharmonian, kami berpandangan bahawa perubahan terhadap struktur pentadbiran Kuala Lumpur tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa atau didorong oleh kepentingan politik sempit, sebaliknya mesti berpaksikan kepentingan nasional dan kesejahteraan seluruh warga kota.
Pendirian Pemuda UMNO Jalan Menteri adalah berdasarkan tiga pertimbangan utama.
Pertama, keperluan memelihara keseimbangan pentadbiran dan sejarah pembentukan ibu kota.
Kuala Lumpur mempunyai kedudukan istimewa sebagai pusat pentadbiran, ekonomi dan simbol kedaulatan negara. Sistem lantikan Datuk Bandar melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong telah lama berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang yang memastikan kesinambungan dasar, kestabilan pentadbiran serta keharmonian antara kaum dapat dipelihara. Sebarang perubahan terhadap sistem ini perlu dilakukan secara berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan yang telah terbina sekian lama.
Kedua, keutamaan kepada penyelesaian isu asas rakyat.
Realiti yang dihadapi warga Kuala Lumpur hari ini menuntut perhatian serius terhadap isu pengangguran belia, kos sara hidup, perumahan mampu milik serta kualiti perkhidmatan bandar. Pada pandangan kami, keutamaan sumber kewangan dan tenaga pentadbiran wajar difokuskan kepada memperkukuh dasar dan pelaksanaan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, berbanding mewujudkan proses pilihan raya baharu yang memerlukan kos besar dan pulangan yang belum tentu setimpal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
Ketiga, keperluan mengekalkan keharmonian sosial dan perpaduan masyarakat bandar.
Pemuda UMNO Jalan Menteri berpandangan bahawa politik kepartian yang dibawa ke peringkat pentadbiran bandar berpotensi meningkatkan ketegangan dan polarisasi dalam kalangan masyarakat majmuk. Kuala Lumpur memerlukan pendekatan pentadbiran yang menyatukan, bukannya medan persaingan politik yang berpanjangan sehingga menghakis kepercayaan dan kerjasama antara warga kota.
Sehubungan itu, Pemuda UMNO Jalan Menteri menggesa semua pihak agar menghentikan polemik yang bersifat politik dan mengembalikan tumpuan kepada agenda utama, iaitu memperkukuh tadbir urus bandar serta memakmurkan kehidupan warga Kuala Lumpur secara inklusif dan berterusan.
Kami percaya bahawa kemajuan ibu kota tidak harus dijadikan taruhan eksperimen politik, sebaliknya dibangunkan melalui dasar yang stabil, berwawasan dan berpaksikan kepentingan negara serta rakyat keseluruhannya.
Pemuda UMNO Jalan Menteri
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.