Mahmoud Abbas umum pilihan raya PLO
Mahmoud Abbas umum pilihan raya PLO

RAMALLAH – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan pilihan raya akan diadakan pada 1 November 2026 untuk memilih ahli Majlis Kebangsaan Palestin(PNC) yang merupakan Parlimen Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), lapor agensi berita rasmi Wafa semalam.
Ini adalah kali pertama ahli majlis berkenaan akan dipilih melalui undi popular secara langsung, manakala sebelum ini mereka dilantik atau dijemput dari dalam PLO.
Abbas yang merupakan Presiden Pihak Berkuasa Palestin dan PLO, mengeluarkan dekri menyatakan : “Pilihan raya akan diadakan di mana sahaja mungkin, sama ada di dalam atau luar Palestin, untuk memastikan penyertaan seluas mungkin rakyat Palestin di mana sahaja mereka berada.”
Ia didominasi oleh kumpulan Fatah iaitu pergerakan politik Abbas yang diasaskan bersama oleh Allahyarham Yasser Arafat, pemimpin bersejarah Palestin yang meninggal dunia pada tahun 2004.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Pergerakan Hamas dan Jihad Islam Palestin, yang bukan ahli PLO, tidak diwakili dalam majlis tersebut. – AGENSI
Mahmoud Abbas umum pilihan raya PLO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
You must be logged in to post a comment.