Banjir besar selepas kemarau 7 tahun, Maghribi pindah 50,000 penduduk
Banjir besar selepas kemarau 7 tahun, Maghribi pindah 50,000 penduduk

RABAT – Pihak berkuasa memindahkan lebih 50,000 orang atau hampir separuh populasi bandar Ksar El Kebir di barat laut Maghribi berikutan banjir yang didorong hujan lebat selama berminggu-minggu, kata media kerajaan semalam seperti laporan akhbar Arab News.
“Ksar El-Kebir menjadi bandar hantu.
“Semua pasar dan kedai ditutup dan kebanyakan penduduk sama ada telah meninggalkan bandar ini secara sukarela atau dipindahkan,” kata penduduk tempatan, Hicham Ajttou.
Pihak berkuasa mendirikan pusat perlindungan dan kem sementara serta melarang kemasukan ke Ksar El-Kebir selepas air Sungai Loukkos melimpah dan menenggelamkan ke beberapa kejiranan.
Hanya perjalanan keluar dari bandar itu dibenarkan ketika bekalan elektrik terputus di sebahagian kawasan dengan sekolah-sekolah diarah tutup sehingga Sabtu ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
Beberapa pegawai berkata, banjir itu sebahagiannya berpunca daripada air dilepaskan dari empangan berdekatan, Oued Makhazine yang telah mencapai kapasiti penuh.
Bandar Ksar El-Kebir terletak kira-kira 190 kilometer ke utara Rabat.
Ajttou berkata, dia memindahkan keluarganya ke Tangier minggu lalu dan kembali ke Ksar El-Kebir untuk menjadi sukarelawan banjir.
“Persoalan yang merisaukan kami ialah apa yang akan berlaku seterusnya. Empangan sudah penuh dan kami tidak tahu berapa lama situasi ini akan berlarutan,” katanya.
Sementara itu, tentera Maghribi mengerahkan unit penyelamat, trak, peralatan dan pasukan paramedik untuk menyokong operasi menyelamat dengan bas-bas disediakan untuk memindahkan orang ramai dari bandar itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
Hujan lebat menamatkan kemarau tujuh tahun yang mendorong Maghribi untuk melabur besar-besaran dalam loji penyahgaraman.
Kadar pengisian air empangan negara kini hampir 62 peratus, dengan beberapa takungan utama mencapai kapasiti penuh, demikian menurut data rasmi. – AGENSI
Banjir besar selepas kemarau 7 tahun, Maghribi pindah 50,000 penduduk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
You must be logged in to post a comment.