Anak puteri mahkota ditangkap lagi atas tuduhan baharu
Anak puteri mahkota ditangkap lagi atas tuduhan baharu

OSLO – Anak lelaki Puteri Mahkota Norway, Marius Borg Hoiby ditangkap atas tuduhan serangan baharu kelmarin sebelum perbicaraannya bermula hari ini bagi empat tuduhan rogol, lapor agensi berita United Press International semalam.
Polis Oslo berkata, Hoiby, 29, ditangkap atas tuduhan serangan, membuat ancaman dengan pisau dan melanggar perintah sekatan.
Perbicaraan Hoiby atas 38 tuduhan dijadualkan bermula hari ini dan berlangsung selama tujuh minggu.
Dia menghadapi hukuman penjara sehingga 16 tahun, namun menafikan tuduhan paling serius.
Bagi tuduhan baharu, polis telah meminta hukuman penjara selama empat minggu untuk menghalangnya daripada melakukan kesalahan semula.
Mahkamah daerah Oslo memutuskan bahawa dia boleh ditahan sehingga 2 Mac melainkan diputuskan sebaliknya oleh mahkamah.
Ibunda Hoiby, Puteri Mahkota Mette-Marit, berkahwin dengan bakal raja Norway, Putera Mahkota Haakon. Beliau merupakan bakal permaisuri. – AGENSI
Anak puteri mahkota ditangkap lagi atas tuduhan baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekolah Patriotik UMNO Jadi ‘Game Changer’, Perkukuh Masa Depan Parti – Shahaniza
- Jeffery Nor Rakam Penghargaan Kepada TPM Ahmad Zahid Lulus Peruntukan PPRS
- Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Kestabilan, Kesejahteraan Dan Keutamaan Warga Kota
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Kebajikan Warga KL, Bukan Pilihan Raya Datuk Bandar – Gulam Muszaffar
You must be logged in to post a comment.