Video api menjulang, bomba sahkan ada kebakaran di kawasan bukit dekat Ampang
Video api menjulang, bomba sahkan ada kebakaran di kawasan bukit dekat Ampang

KUALA LUMPUR: Satu video memaparkan imej api menjulang dari jauh dikongsi di media sosial, mempunyai kaitan dengan kebakaran yang dilapor berlaku di kawasan Ampang, dekat sini.
Difahamkan, kebakaran itu di kawasan puncak bukit berhampiran Menara Indah Apartment, Taman Tun Abdul Razak, dekat Ampang.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Narmi B Othman, berkata mengesahkan perkara itu.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran jam 8.47 malam sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang digerakkan ke lokasi.
“Jentera tiba enam minit kemudian dan mendapati kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak bukit yang sukar diakses berikutan ketiadaan laluan masuk ke lokasi api.
“Keadaan kebakaran adalah terkawal dan dilaporkan belum merebak setakat ini. Anggota bomba kekal bersedia di lokasi bagi memantau keadaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau memaklumkan empat anggota bersama sebuah jentera jenis Fire Rescue Tender (FRT) terbabit dalam operasi berkenaan dan setakat ini tiada mangsa dilaporkan terjejas.
Video api menjulang, bomba sahkan ada kebakaran di kawasan bukit dekat Ampang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.