Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan

KUALA LUMPUR, 2 Feb – UMNO menegaskan pendirian untuk menolak pelaksanaan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selagi parti itu bersama Barisan Nasional (BN) kekal berada dalam kerajaan, dengan menyifatkan agenda berkenaan sebagai langkah politik yang berisiko dan boleh merugikan rakyat.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, pelaksanaan pilihan raya PBT akan menuntut peruntukan kewangan yang besar, sedangkan dana tersebut lebih wajar disalurkan kepada keperluan asas rakyat.
Menurut beliau, keutamaan sepatutnya diberikan kepada usaha memperkukuh perkhidmatan awam seperti kebersihan bandar, pengangkutan awam, penyelenggaraan infrastruktur serta kesejahteraan komuniti setempat.
“Dari sudut pengurusan awam, mengalihkan sumber kepada proses politik tambahan bukanlah satu keutamaan yang rasional dalam keadaan ekonomi dan fiskal semasa,” katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Razlan turut membangkitkan kebimbangan bahawa kuasa berkaitan pembangunan bandar dan pengurusan hasil cukai berpotensi terdedah kepada salah guna kuasa serta konflik kepentingan sekiranya pilihan raya PBT dilaksanakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Beliau menambah, bandar raya seperti Kuala Lumpur telah membangun dengan pesat dan terancang tanpa memerlukan pilihan raya PBT, sekali gus membuktikan model pentadbiran sedia ada berupaya memastikan kestabilan, kesinambungan dasar dan kecekapan pelaksanaan.
“Tiada keperluan untuk mewujudkan satu lagi lapisan kuasa politik yang boleh menyebabkan pertindihan bidang kuasa dan mencetuskan ketidaktentuan dalam sistem pentadbiran,” ujarnya.
Dalam masa sama, beliau menegaskan agenda tersebut berpotensi menjejaskan kedudukan masyarakat Melayu khususnya di kawasan bandar.
“Struktur demografi dan realiti politik semasa menunjukkan pilihan raya PBT boleh membuka ruang kepada dominasi satu pihak, sekali gus menafikan prinsip keadilan sosial dan keseimbangan antara kaum.
“Jika dibiarkan, ia berisiko menghakis peranan masyarakat Melayu dalam menentukan hala tuju pembangunan bandar serta pengagihan sumber secara adil dan inklusif,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan yang mentadbir ketika ini adalah kerajaan campuran dan bukan milik mana-mana parti tunggal.
“Selagi BN berada dalam kerajaan, agenda Pilihan Raya PBT ini tidak akan dibenarkan untuk dilaksanakan. Dap perlu menerima hakikat ini dan melupakan hasrat tersebut buat masa ini,” tegas beliau.
Menurutnya, sejak awal BN kekal konsisten menolak sebarang bentuk agenda politik yang berpotensi mengancam keharmonian masyarakat dan kestabilan negara, termasuk melalui pentadbiran tempatan. – UMNO Online
Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.