Terima suapan: Bekas pengurus jualan bank didenda RM210,000

Terima suapan: Bekas pengurus jualan bank didenda RM210,000

Terima suapan: Bekas pengurus jualan bank didenda RM210,000
Mohamad Faqih di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di mana dia mengaku bersalah atas 20 tuduhan pilihan menerima rasuah – Foto NSTP/Meor Riduwan Meor Ahmad

MELAKA: Bekas pengurus jualan Malaysia Building Society Berhad (MBSB) Bank Cawangan Melaka didenda RM210,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini, selepas mengaku bersalah atas 20 pertuduhan pilihan menerima suapan berjumlah RM211,636 berkaitan rujukan kes pembiayaan perumahan kepada dua firma guaman dan gagal melaporkan penerimaan itu kepada pihak berkuasa.

Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Faqih Mustapha, 37, selepas menerima pengakuan bersalah tertuduh dan mensabitkannya bagi semua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara selama 63 bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ke-19, tertuduh didakwa menerima wang suapan dalam nilai berbeza berjumlah RM210,756 daripada sebuah firma guaman melalui akaun bank milik adiknya, antara 6 September 2019 hingga 13 September 2022.

Suapan itu diterima sebagai balasan membantu firma guaman berkenaan memperoleh rujukan kes berkaitan pinjaman perumahan MBSB Bank daripada pegawai eksekutif bank di bawah seliaan tertuduh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Bagi pertuduhan ke-20, tertuduh didakwa menerima wang suapan RM880 daripada sebuah lagi firma guaman melalui akaun bank miliknya, dipindahkan daripada akaun pengurus firma guaman terbabit pada 21 Mei 2018

Semua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di Maybank Cawangan Melaka di Jalan Hang Tuah, di sini.

Perbuatan tertuduh melanggar Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) 2009 dan turut gagal melaporkan penerimaan suapan itu kepada pihak berkuasa seperti diperuntukkan mengikut Seksyen 25(1) akta sama.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 25(2) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, tertuduh ketika itu bertugas sebagai Pengurus Jualan dan Penasihat Kewangan MBSB Bank Cawangan Melaka, bertanggungjawab menguruskan dokumentasi permohonan pembiayaan perumahan pelanggan sehingga pembiayaan diluluskan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Tertuduh terikat dengan dasar dalaman bank yang melarang pegawai menerima sebarang komisen, imbuhan atau ganjaran daripada pelanggan atau panel guaman.

Bagaimanapun, antara 2018 hingga 2022, tertuduh didakwa meminta dan menerima wang suapan daripada dua firma guaman terbabit sebagai komisen kerana membantu menyalurkan rujukan kes pembiayaan perumahan.

Terdahulu, peguam tertuduh, Azrul Zulkifli Stork merayu agar mahkamah tidak menjatuhkan hukuman penjara dan hanya mengenakan denda minimum atas alasan anak guamnya sudah insaf, tidak mempunyai pekerjaan tetap serta menanggung isteri, tiga anak dan ibu bapa.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Sharina Farhana Nor Sa’ari memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh atas kepentingan awam, selain memohon kes lain dihadapi tertuduh di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 diambil kira mengikut Seksyen 171 Kanun Tatacara Jenayah.

Mahkamah membenarkan permohonan berkenaan dan tertuduh turut membayar denda yang dikenakan.

Terima suapan: Bekas pengurus jualan bank didenda RM210,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan



 

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker