Sunderland ‘ajar’ aksi kurang matang Burnley
Sunderland ‘ajar’ aksi kurang matang Burnley

Sunderland: Pengurus Burnley, Scott Parker menyelar sikap pemainnya sebagai ‘kebudak-budakan’ selepas tewas 0-3 kepada Sunderland, awal pagi tadi, sekali gus menyaksikan mereka semakin hampir ke zon penyingkiran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pasukan kendalian Regis Le Bris membuka tirai jaringan hasil gol sendiri pertahanan Burnley, Axel Tuanzebe pada awal babak pertama di Stadium of Light.
Pemain tengah Senegal, Habib Diarra kemudian menggandakan penguasaan Sunderland sebelum rehat menerusi gol liga pertamanya sejak menyertai kelab itu dari Strasbourg tahun lalu.
Jaringan padu Chemsdine Talbi pada separuh masa kedua memastikan Sunderland melonjak ke tangga kelapan liga sekali gus meneruskan prestasi memberangsangkan mereka dalam saingan liga utama.
The Black Cats juga masih belum tewas di laman sendiri dalam EPL sejak dinaikkan pangkat dari Liga Kejuaraan musim lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
Burnley yang kini menghuni tangga kedua tercorot liga semakin tenat apabila ketinggalan 11 mata daripada zon selamat dan masih tanpa kemenangan dalam 15 perlawanan terakhir, sekali gus menghampiri penyingkiran ke divisyen kedua.
Jika tewas kepada West Ham yang berada di kedudukan ketiga tercorot, Sabtu ini, ia bakal menjadi tamparan besar buat harapan tipis Burnley untuk kekal dalam liga.
“Kami langsung tidak berada pada tahap sepatutnya. Dalam semua aspek permainan, kami gagal. Kami kelihatan seperti pasukan kebudak-budakan yang tiada matlamat sebenar.
“Saya tidak nampak pasukan yang bermain dengan tujuan atau datang untuk mencipta impak. Saya faham kami sedang berada dalam situasi sukar, tetapi dalam liga ini, lebih-lebih lagi sekarang, kami perlu ‘reset’.
“Masa semakin suntuk. Kami perlu bangkit dengan lebih kuat dan terus memperbaiki prestasi,” kata Parker.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Pertahanan Burnley, Kyle Walker turut senada dengan kritikan pedas pengurusnya itu.
“Teruk. Kami datang dengan sasaran untuk mendapatkan sesuatu daripada perlawanan ini tetapi pulang dengan tangan kosong. Sebagai kelab yang berjuang untuk terus kekal, ia tidak boleh diterima,” katanya.
“Ia membabitkan 22 pemain di atas padang, dan semuanya lebih kepada siapa yang lebih mahukan kemenangan. Mereka mahukan lebih daripada kami,” katanya.
Sunderland ‘ajar’ aksi kurang matang Burnley
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.