Rumah terbakar, 2 keluarga tinggal sehelai sepinggang
Rumah terbakar, 2 keluarga tinggal sehelai sepinggang

KUALA NERANG: Dua keluarga di Lorong Kampung Bukit, Pong Manis di sini tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran hari ini.
Ketua Zon 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminudin Abd Rahim, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.11 petang.
Operasi turut dibantu BBP Pokok Sena.
“Kebakaran membabitkan dua rumah dan masing-masing 80 peratus dan 60 peratus terbakar, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
“Api berjaya dikawal jam 4.47 petang dan setakat ini punca kejadian serta nilai kerugian masih disiasat,” katanya
Rumah terbakar, 2 keluarga tinggal sehelai sepinggang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.