Romero label situasi Spurs memalukan

Romero label situasi Spurs memalukan

Romero label situasi Spurs memalukan
REAKSI Romero (kanan) ketika bertemu Manchester City pada aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO REUTERS

London: Kapten Tottenham Hotspur, Cristian Romero melabel pasukannya sebagai ‘memalukan’ selepas kelab itu menutup jendela perpindahan tanpa sebarang pembelian besar.

Romero terpaksa dikeluarkan ketika Tottenham seri 2-2 dengan Manchester City akibat masalah kesihatan, sekali gus menambah senarai pemain yang tidak dapat diturunkan atas faktor kecergasan kepada angka dua digit.

Pengurus Tottenham, Thomas Frank kini mengharungi musim pertama yang sukar, sebahagiannya berpunca daripada ramai pemain utama yang tersisih untuk tempoh panjang.

Kelab London Utara itu hanya mencatat dua kemenangan daripada 15 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kini terperosok di kedudukan ke-14 liga.

Walaupun Tottenham berjaya mendapatkan pemain tengah England, Conor Gallagher dari Atletico Madrid pada pertengahan Januari, mereka turut menjual penjaring terbanyak musim lalu, Brennan Johnson kepada Crystal Palace.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Sejurus jendela perpindahan musim sejuk ditutup, pertahanan Argentina itu meluahkan rasa tidak puas hati menerusi media sosial berhubung kegagalan kelab mendapatkan pemain baharu.

“Usaha semua rakan sepasukan saya semalam sangat hebat, mereka luar biasa.

“Saya mahu tetap beraksi untuk membantu pasukan walaupun tidak sihat, lebih-lebih lagi kerana kami hanya ada 11 pemain yang boleh diturunkan. Sukar dipercayai tetapi itu realitinya dan ia memalukan.

“Kami akan terus berusaha, memikul tanggungjawab untuk memperbaiki keadaan ini, bekerja keras dan kekal bersatu. Apa yang tinggal hanyalah mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong kerana sentiasa bersama kami,” kata Romero menerusi Instagram.

Luahan Romero itu menerima sokongan beberapa rakan sepasukan termasuk Pedro Porro, Xavi Simons dan Dominic Solanke yang menekan butang tanda suka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Tottenham sebelum ini gagal mendapatkan penyerang Ghana, Antoine Semenyo yang akhirnya menyertai Manchester City dari Bournemouth, serta pertahanan Liverpool, Andy Robertson.

Bagaimanapun, Spurs mengumumkan meminjam pemain remaja Hearts, James Wilson dengan pilihan pembelian tetap, namun pemain itu hanya akan beraksi bersama skuad bawah 21 tahun buat masa ini.

Romero label situasi Spurs memalukan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker