Penemuan bot hanyut dengan enjin masih hidup bongkar status nelayan lemas

Penemuan bot hanyut dengan enjin masih hidup bongkar status nelayan lemas

Penemuan bot hanyut dengan enjin masih hidup bongkar status nelayan lemas
Seorang nelayan warga emas ditemui maut dipercayai akibat lemas di Yard Kampung Tanjung Che Lahom, dekat Pengerang di sini, hari ini. – Foto ihsan bomba

KOTA TINGGI: Seorang nelayan warga emas ditemui maut dipercayai akibat lemas di Yard Kampung Tanjung Che Lahom, dekat Pengerang di sini, hari ini.

Terdahulu pihak polis yang menerima maklumat mengenai orang hilang menemukan barang peribadi dan bot dalam keadaan enjin masih hidup serta hanyut sehingga persisiran berhampiran kapal kuari di limbungan berkenaan.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Rengit, Roger Ribut, berkata sebaik menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki berusia 77 tahun itu jam 1.51 petang tadi, pihaknya bergegas ke lokasi untuk tugas mencari dan menyelamat (SAR).

“Pencarian dilakukan di sekitar limbungan menggunakan bot dan unit dron, selain di persisiran pantai.

ADVERTISEMENT

Cars stock video 1 5Feb25

“Pada jam 7.20 malam, mangsa dijumpai orang awam kira-kira 200 meter dari persisiran pantai,” katanya menerusi kenyataan.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dipercayai kerana lemas sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Penemuan bot hanyut dengan enjin masih hidup bongkar status nelayan lemas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker