Pencapaian naib juara cukup bermakna – Jin Wei

Pencapaian naib juara cukup bermakna – Jin Wei

Pencapaian naib juara cukup bermakna - Jin Wei
GOH Jin Wei muncul naib juara Masters Thailand. FOTO REUTERS’

Kuala Lumpur: Pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei mengakui perjalanan dirinya sepanjang sembilan tahun ini seperti ‘roller coaster’ apabila melalui turun naik prestasi tidak menentu.

Namun, gelaran naib juara Masters Thailand yang diraih semalam cukup bermakna selepas melalui perjalanan panjang penuh cabaran sejak kali terakhir berdiri di podium kejohanan bertaraf Super sembilan tahun lalu di Terbuka Taiwan 2017.

Bagi Jin Wei, kejayaan menamatkan kemarau podium itu sesuatu yang tidak pernah disangkanya, apatah lagi selepas berdepan pelbagai dugaan termasuk meninggalkan pasukan kebangsaan dan bergelar pemain profesional hingga perlu menguruskan segalanya sendiri.

“Saya mengenali batas kemampuan diri saya, sebab itu pencapaian ini sangat bermakna. Badan ini sudah dipaksa berjuang berkali-kali, sampai ada ketika saya sendiri tertanya-tanya sama ada semua ini masih perlu diteruskan,” kongsinya di Instagram miliknya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Dalam pada itu, pemain berusia 26 tahun itu menyatakan walaupun gagal mencipta sejarah bergelar juara, Jin Wei menegaskan pencapaian selaku naib juara tetap sesuatu yang membanggakan.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan, sambil berharap perjuangannya menjadi inspirasi buat atlet lain yang masih berusaha mengejar impian masing-masing.

Mengulas mengenai keadaan dirinya sepanjang Masters Thailand itu, Jin Wei turut mendedahkan faktor keletihan memberi kesan besar sejak pusingan awal namun semangat untuk terus bertahan menjadi kunci utama untuk melangkah sejauh itu.

“Setiap kali hampir tewas akibat keletihan, saya hanya cakap pada diri sendiri untuk bertahan sedikit lagi. Walaupun tubuh sudah tidak mampu, hati masih boleh melawan,” katanya.

Pencapaian naib juara cukup bermakna – Jin Wei

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker