Mustahil semua pemain konsisten setiap kejohanan

Mustahil semua pemain konsisten setiap kejohanan

Mustahil semua pemain konsisten setiap kejohanan
KETUA jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi (kiri) ketika sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara. FOTO HARI ANGGARA

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi mengakui tidak semua pemain di bawah kendaliannya berada pada tahap prestasi optimum selepas mengharungi tiga kejohanan berturut-turut, namun menegaskan prestasi setiap pasangan tidak boleh diukur secara sama rata.

Menurut Herry, faktor perancangan program, kecergasan pemain serta fasa kejohanan memainkan peranan penting dalam menentukan tahap prestasi sesebuah pasangan, selain mengakui mustahil untuk semua pemain mencapai kemuncak prestasi serentak dalam setiap kejohanan.

“Ada yang sudah berada pada tahap optimum dan ada juga yang masih belum. Tidak semua pemain sama. Contohnya Aaron Chia-Soh Wooi Yik, saya rasa mereka berada pada tahap yang baik dan masih berada di landasan betul.

“Tetapi kita tidak boleh jangka semua pasangan boleh mencapai puncak prestasi dalam setiap kejohanan. Biasanya daripada tiga kejohanan, pasti ada satu yang mencapai sasaran prestasi atau KPI (petunjuk prestasi utama) yang ditetapkan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Pemain utama negara menyertai tiga kejohanan utama seperti Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia.

Selain itu, beliau turut menegaskan setiap pemain mempunyai lengkung prestasi berbeza dan faktor kecederaan juga mempengaruhi tahap persiapan, termasuk apa yang dilalui beregu wanita negara sebelum ini.

“Prestasi setiap pemain tidak sama kerana program dan persiapan mereka juga berbeza. Contohnya ketika persiapan di Malaysia, Pearly Tan mengalami sedikit masalah kecederaan, menyebabkan persiapannya terhad.

“Namun selepas mengharungi tiga kejohanan dan dua daripadanya di Indonesia, keputusan yang diperoleh adalah positif,” katanya.

Aaron-Wooi Yik menjadi wakil tunggal beraksi di pentas final dan di Terbuka India, gandingan itu bersama pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah berjaya mara sehingga ke separuh akhir.

Di Masters Indonesia pula, Malaysia meraih kejayaan gemilang apabila Pearly-Thinaah, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran) dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (beregu lelaki) muncul juara.

Mengulas secara khusus prestasi beregu utama negara, Herry melihat Aaron-Wooi Yik berada pada hala tuju yang tepat, manakala Wei Chong- Kai Wun masih memerlukan penambahbaikan.

“Untuk Aaron dan Wooi Yik, saya rasa mereka berada di landasan yang betul. Tetapi bagi Man Wei Chong dan Kai Wun, prestasi mereka masih perlu dipertingkatkan dan belum benar-benar mencapai tahap optimum,” katanya.

Mustahil semua pemain konsisten setiap kejohanan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker