Maresca, Alonso calon ganti Guardiola?
Maresca, Alonso calon ganti Guardiola?

London: Manchester City dilaporkan sedang menyediakan senarai pendek tiga calon untuk menggantikan Pep Guardiola sebagai pengurus pasukan, sekiranya pengendali itu meninggalkan Etihad.
Guardiola, 55, masih mempunyai baki kontrak selama 18 bulan bersama City, namun spekulasi semakin hangat dalam kalangan pemerhati Liga Perdana Inggeris (EPL) bahawa pengendali dari Sepanyol itu mungkin berundur pada penghujung musim ini.
Akhbar The Telegraph melaporkan City menyifatkan khabar angin berkenaan sebagai ‘sekadar spekulasi’, namun pada masa sama kelab itu dikatakan bersedia membuat perancangan alternatif sekiranya Guardiola memilih untuk meninggalkan kelab.
Menurut laporan itu, bekas pengurus Chelsea, Enzo Maresca dijangka berada dalam senarai tiga calon utama pengganti Guardiola.
Maresca, 45, sebelum ini memaklumkan kepada pengurusan kelab bahawa beliau pernah mengadakan perbincangan dengan City serta Juventus pada separuh pertama musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
Bagaimanapun, Maresca bukan satu-satunya calon yang dipertimbangkan walaupun mempunyai hubungan rapat dengan City Football Group.
Bekas pengurus Real Madrid, Xabi Alonso turut dikaitkan sebagai calon berpotensi.
Alonso, 44, dipecat oleh kelab gergasi Sepanyol itu bulan lalu selepas hanya 34 perlawanan mengendalikan pasukan, namun reputasinya masih tinggi dan dijangka menarik minat banyak kelab pada musim panas ini.
Satu lagi nama yang berada dalam radar City ialah pengurus Como, Cesc Fabregas.
Bekas bintang Arsenal dan Chelsea itu mencuri tumpuan dengan prestasi cemerlang di Itali apabila membawa pasukannya kini berada di kedudukan keenam Serie A.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti
Guardiola juga dikatakan mungkin mempunyai peranan dalam mencadangkan penggantinya, memandangkan beliau pernah membimbing Fabregas ketika bersama Barcelona.
Maresca, Alonso calon ganti Guardiola?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.