Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah

Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah

Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah

BEAUFORT, 2 Feb – Ketua UMNO Bahagian Beaufort, Datuk Awang Aslee Lakat menolak sekeras-kerasnya cadangan pihak tertentu yang mahu memansuhkan Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di Sabah dengan menegaskan jawatankuasa itu relevan dan amat diperlukan oleh masyarakat.

Menurut beliau, JPKKP bukan ditubuhkan atas kepentingan politik, sebaliknya sebagai mekanisme penting untuk membantu kerajaan menyelaras pentadbiran kampung serta memastikan segala program dan bantuan sampai terus kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengekalkan jawatan JPKKP di Sabah demi kepentingan penduduk tempatan.

“Kita menolak cadangan untuk memansuhkan JPKKP kerana jawatankuasa ini bukan diwujudkan atas kepentingan politik, tetapi untuk memudahkan urusan kerajaan mentadbir kampung dengan lebih berkesan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Menurut Awang Aslee, tanpa JPKKP, banyak urusan berkaitan kebajikan rakyat, keselamatan dan penyelarasan program kerajaan di peringkat kampung akan menjadi lebih sukar.

“Kita akan merayu kepada YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri KKDW supaya jawatan JPKKP di Sabah terus dikekalkan kerana peranannya sangat besar kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau menjelaskan, JPKKP mempunyai keupayaan menggerakkan penglibatan komuniti setempat serta berfungsi sebagai penghubung antara penduduk kampung dan pihak berkuasa.

“JPKKP menjadi suara akar umbi. Mereka inilah yang menyampaikan masalah, aduan dan keperluan penduduk terus kepada agensi berkaitan apabila berlaku sesuatu isu. Tanpa mereka, saluran komunikasi akan terputus,” katanya lagi.

Tambahnya, pengalaman sebelum ini membuktikan JPKKP berjaya menggerakkan pelbagai program kemasyarakatan, keselamatan serta kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada penduduk.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


“JPKKP bukan sahaja membantu aspek keselamatan kampung, malah mengeratkan perpaduan komuniti melalui aktiviti kemasyarakatan dan program sosial serta kerjasama bersama agensi kerajaan. Inilah kekuatan sebenar mereka,” katanya.

Beliau berharap semua pihak melihat isu tersebut secara rasional dan mengutamakan kepentingan rakyat berbanding sentimen lain, demi memastikan kesejahteraan masyarakat luar bandar terus terpelihara. – UMNO Online

Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker