Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah

KULAI, 2 Feb – Kerajaan Negeri Johor terus komited dan konsisten dalam memperkasa golongan usahawan mikro apabila seramai 300 peniaga kecil di daerah ini menerima Insentif Khemah menerusi inisiatif di bawah Perbadanan Usahawan Johor Berhad (PUJB).
Majlis penyerahan yang berlangsung di Dewan Pentadbiran Daerah Kulai itu pada Sabtu telah disempurnakan Exco Kerajaan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor yang hadir sebagai wakil rasmi kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Beliau berkata, bantuan tersebut bukan sekadar kemudahan fizikal, sebaliknya lambang sokongan berterusan kerajaan negeri dalam membantu peniaga kecil menjana pendapatan secara lebih teratur dan selamat.
“Kerajaan Negeri Johor kekal konsisten memperkasa usahawan mikro kerana mereka adalah tulang belakang ekonomi setempat. Kita mahu mereka berniaga dengan lebih selesa, tersusun dan bermaruah.
“Bagi ramai antara mereka, di sinilah tempat mereka membesarkan anak-anak dan meneruskan kehidupan. Sebab itu kerajaan hadir bukan sekadar memberi bantuan, tetapi memberi keyakinan dan harapan,” ujarnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Saarani Bertemu Masyarakat India Kota Tampan, Suburkan Semangat Kebersamaan
- Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela
- Yayasan Pahang Terima Anugerah Anti-Rasuah, Bukti Berwibawa Angkat Nilai Integriti

Program itu dilaksanakan di bawah PUJB yang diterajui Hairi Md Shah selaku Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor sebagai sokongan prasarana asas kepada usahawan mikro di seluruh negeri.
Mohd Jafni menjelaskan, komitmen tersebut dibuktikan menerusi peruntukan berterusan yang meningkat saban tahun.
“Tahun 2024, kita peruntukkan RM2 juta dan memberi manfaat kepada kira-kira 2,000 usahawan mikro. Pada 2025, jumlah itu ditingkatkan kepada RM3 juta melibatkan sekitar 6,000 unit khemah.
“Bagi tahun 2026 pula, Kerajaan Negeri mengekalkan peruntukan RM3 juta untuk membantu kira-kira 6,000 lagi peniaga kecil. Ini bukti jelas bahawa agenda pembangunan ekonomi rakyat sentiasa menjadi keutamaan kita,” katanya.
Beliau menambah, pendekatan itu selari dengan kepimpinan Menteri Besar Johor yang menekankan bahawa kekuatan negeri bermula daripada kekuatan rakyat.
“Apabila usahawan kecil dibantu, ekonomi setempat akan bergerak lebih rancak, peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan kesejahteraan komuniti dapat dipelihara. Inilah semangat #MajuJohor yang kita perjuangkan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Hafiz Aliman selaku Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulai serta Azmee Awang atas kerjasama menjayakan program berkenaan.
Program tersebut diharap menjadi pemangkin semangat kepada para peniaga untuk terus berusaha dan mengembangkan perniagaan, sekali gus membuktikan kerajaan sentiasa bersama rakyat dalam memastikan kemakmuran Bangsa Johor terus diperkukuh. – UMNO Online
Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
You must be logged in to post a comment.