Kecederaan sekat impian Jin Wei

Kecederaan sekat impian Jin Wei

Kecederaan sekat impian Jin Wei
JIN Wei terpaksa menarik diri ketika kedudukan 3-6 di set kedua. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI

Kuala Lumpur: Harapan untuk melihat pemain perseorangan wanita profesional negara, Goh Jin Wei muncul juara tidak kesampaian apabila dia terpaksa menarik diri pada set kedua sekali gus memberi laluan kepada pemain India, Devika Sihag memenangi gelaran Masters Thailand, hari ini.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nimibutr, Devika jelas berada pada prestasi terbaik apabila tidak berdepan masalah besar untuk memenangi set pertama 21-8 hanya dalam tempoh 11 minit.

Meskipun Jin Wei cuba bangkit di set kedua, pemain ranking ke-68 dunia itu terpaksa menarik diri ketika kedudukan 3-6 selepas dipercayai mengalami kecederaan sehingga menyukarkannya untuk meneruskan perlawanan.

Biarpun tewas, ia antara pencapaian terbaik buat pemain kelahiran Pulau Pinang itu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini selepas sering tersingkir awal dalam setiap kejohanan yang disertainya sebelum ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Untuk makluman, Devika berjaya mengejutkan banyak pemain pilihan bermula dari pusingan kedua dengan menewaskan Tung Ciou-Tong dari Taiwan (pilihan kelapan), Supanida Katethong dari Thailand (suku akhir, pilihan pertama) dan Huang Yu-Hsun dari Taiwan (separuh akhir, pilihan kelima).

Bagi Jin Wei, bermula dari pusingan pertama hingga final, kesemua perlawanan berakhir dengan permainan tiga set dengan kemenangan memihak kepadanya.

Ini menunjukkan tahap kecergasan pemain itu berada pada tahap yang sangat baik.

Sebagai rekod, kali terakhir pemain wanita negara merangkul gelaran tertinggi adalah menerusi bekas pemain perseorangan wanita negara, Datin Seri Wong Mew Choo pada Terbuka China 2007 dan BWF Super Series Masters Finals 2009.

Kecederaan sekat impian Jin Wei

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker