Jin Wei cipta sejarah, mara final Masters Thailand

Jin Wei cipta sejarah, mara final Masters Thailand

Jin Wei cipta sejarah, mara final Masters Thailand
Pemain perseorangan professional negara, Goh Jin Wei.

Kuala Lumpur: Pemain profesional negara, Goh Jin Wei memahat sejarah tersendiri apabila menjadi wakil negara pertama beraksi di pentas final Masters Thailand bagi acara perseorangan wanita selepas mengalahkan rakan senegara, Wong Ling Ching, hari ini.

Namun, kemenangan itu tidak hadir dengan mudah apabila Jin Wei terpaksa bertarung hampir satu jam sebelum mengesahkan kemenangan dalam perlawanan tiga set ke atas Ling Ching 17-21, 21-17, 21-16 pada separuh akhir.

Pada aksi itu, pemain muda negara terbabit cuba mengawal permainan dan beberapa kali mengajak beraksi di depan jaring, namun pengalaman yang dimiliki Jin Wei ternyata membantu dirinya mengatasi cabaran dengan baik .

Pujian juga harus diberikan kepada pemain ranking ke-68 dunia itu kerana memiliki ketahanan mental yang cukup baik walaupun beberapa kali kelihatan dirinya seakan-akan sudah kehabisan tenaga.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid


Di pentas akhir esok, Jin Wei akan menanti pemenang sama ada pemain India, Devika Sihag atau wakil Taiwan, Huang Yu-Hsun.

Untuk rekod, selain menjadi pemain wanita pertama beraksi di final Super 300, ia juga merupakan prestasi terbaik buat pemain berusia 26 tahun itu selepas menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada pertengahan 2019.

Jin Wei cipta sejarah, mara final Masters Thailand

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker