5 cedera festival Mardi Gras diserang
5 cedera festival Mardi Gras diserang

CLINTON, LOUISIANA – Sekurang-kurangnya lima orang cedera termasuk seorang kanak-kanak berumur enam tahun yang kritikal selepas penyerang bersenjata melepaskan tembakan rambang dalam satu perarakan di negeri Louisiana, lapor akhbar New York Post.
Kejadian berlaku pada festival Mardi Gras in the Country ke-21 di Clinton, East Feliciana Parish semalam.
Kanak-kanak itu ditembak beberapa kali di bahagian kaki. Dia dibawa ke Hospital Kanak-Kanak di Baton Rouge untuk rawatan lanjut.
Mangsa lain dikejarkan ke hospital tempatan, namun keadaan mereka dilaporkan stabil, lapor saluran berita Unfiltered with Kiran.
Sherif East Feliciana Parish, Jeff Travis berkata, kumpulan penyerang itu melepaskan tembakan ke arah orang ramai semasa perakaran bermula.
“Empat suspek berjaya diberkas. Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang mempunyai kaitan dalam kejadian tembakan itu,” kata Travis. – AGENSI
5 cedera festival Mardi Gras diserang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.