310 mangsa kebakaran 40 rumah di Tawau ditempatkan di PPS
310 mangsa kebakaran 40 rumah di Tawau ditempatkan di PPS

TAWAU: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Tawau di sini jam 5 petang tadi bagi menempatkan mangsa kebakaran membabitkan 40 rumah di Kampung Titingan pagi tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau, Mohd Shoffian Mohd Said, berkata susulan kejadian itu, Tawau diisytiharkan sebagai kawasan bencana kebakaran.
“Pengisytiharan ini dibuat berdasarkan laporan serta maklumat di lapangan yang diterima daripada agensi berkaitan dalam JPBD,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam kenyataan memaklumkan setakat ini 310 mangsa membabitkan 70 ketua rumah direkodkan terjejas akibat kebakaran berkenaan.
Menurut kenyataan itu, mangsa terdiri 104 lelaki, 102 wanita, 50 kanak-kanak lelaki dan 54 kanak-kanak perempuan, dengan jumlah mangsa ini dijangka meningkat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hari Wilayah … Rai Semangat Kebersamaan, Kepelbagaian Dan Daya Tahan
- Hari Wilayah Persekutuan 2026: Perkukuh Kebersamaan, Perteguh Masa Depan Negara – Ahmad Zahid
- MINDEF Komited Sokong Usaha Murni Berteraskan Ilmu, Muafakat
UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid
Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau melaporkan kira-kira 40 rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.
310 mangsa kebakaran 40 rumah di Tawau ditempatkan di PPS
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ketua UMNO Beaufort Pertahan Peranan JPKKP, Gesa Kerajaan Kekalkan Di Sabah
- Tolak Agenda Pilihan Raya PBT, Berisiko Bebankan Rakyat – Mohd Razlan
- Kerajaan Negeri Johor Konsisten Perkasa Usahawan Mikro, 300 Peniaga Kulai Terima Insentif Khemah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Jadi Penghasut: Isu Tanah Kampung Melayu Majidee Bukan Bahan Politik Murahan
You must be logged in to post a comment.