Penuntut UTHM maut, 4 rakan cedera kereta terbabas

Penuntut UTHM maut, 4 rakan cedera kereta terbabas

Penuntut UTHM maut, 4 rakan cedera kereta terbabas
Kereta dinaiki lima penuntut UTHM Pagoh terbabas menyebabkan seorang maut di Jalan FELDA Moakil, Muar. Muhammad Aamir (gambar kecil) – Foto ihsan PDRM

MUAR: Seorang penuntut kejuruteraan elektrik dan elektronik Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) Cawangan Pagoh maut, manakala empat lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki terbabas di Jalan FELDA Moakil, di sini, semalam.

Nahas berlaku jam 1.05 tengah hari ketika kelima penuntut itu dalam perjalanan pulang ke kampus yang menyebabkan mangsa, Muhammad AAmir Faisal Hasrolnizam, 21, maut di lokasi.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya dalam perjalanan pulang selepas mandi air terjun dekat Bekok.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata Mohd Amir yang juga penumpang belakang disahkan meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala.

“Tiga lagi iaitu pemandu kereta, Dameer Amir Mokhzani Aris, 21, parah di kepala manakala penumpang, Ameer Ikhwan Ahmad Nurul Lail, 21; Muhammad Aiman Musa, 21, dan Muhammad Hakimi Hisyamuddin, 21, cedera ringan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


“Semua mangsa yang cedera dirawat di Hospital Segamat. Siasatan mendapati, semua mangsa menaiki kereta jenis Honda Accord dalam perjalanan dari Labis ke pekan Pagoh.

“Sebaik tiba di lokasi pemandu dipercayai hilang kawalan lalu menyebabkan kenderaan dinaiki terbabas ke kiri jalan,” katanya ketika dihubungi.

Mayat dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat dengan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penuntut UTHM maut, 4 rakan cedera kereta terbabas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker