Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan
Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Penggunaan istilah ‘cerai’ dalam perbincangan berkaitan kedudukan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia disifatkan sebagai tidak perlu dan tidak membantu usaha memperkukuh hubungan antara wilayah dalam negara ini.
Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, perbincangan mengenai hak, autonomi dan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak seharusnya ditafsir sebagai satu bentuk penolakan terhadap Persekutuan, sebaliknya perlu dilihat sebagai manifestasi tanggungjawab bersama untuk memastikan semangat pembentukan Malaysia terus dipelihara dan diperkasakan.
“Perbincangan mengenai MA63 adalah soal melaksanakan janji dan persefahaman yang telah dipersetujui bersama, bukannya usaha untuk melemahkan perpaduan negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menegaskan bahawa perbezaan pandangan dan kritikan yang bersifat membina merupakan elemen penting dalam amalan demokrasi yang matang dan sihat. Justeru, ia tidak wajar dianggap sebagai ancaman kepada kestabilan atau perpaduan nasional.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
Tambah beliau, Malaysia hanya mampu terus bergerak ke hadapan apabila para pemimpin memilih pendekatan dialog, saling menghormati dan kewarasan dalam berbahasa, berbanding menggunakan ungkapan yang bersifat emosional serta boleh mencetuskan salah faham.
“Perpaduan sebenar tidak terhasil dengan menafikan perbezaan, tetapi dengan mengurus dan menangani perbezaan tersebut secara bijaksana, seimbang serta berteraskan matlamat bersama,” ujarnya.
Salleh turut menekankan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan semua pihak untuk duduk semeja, berbincang secara matang dan mencari penyelesaian demi kepentingan rakyat serta masa depan negara.
“Apabila perpaduan dijadikan asas, Malaysia akan terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah negara yang stabil, inklusif dan berdaya tahan,” katanya lagi. – UMNO Online
Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading