Pasangan umur 102 tahun rupanya lahir tarikh sama

Pasangan umur 102 tahun rupanya lahir tarikh sama

Pasangan umur 102 tahun rupanya lahir tarikh sama
YUAN Guanjin dan isterinya, Yin Hezhen. – Foto Douyin/Hangzhou Daily

BEIJING – Sepasang suami isteri warga emas di Hangzhou, China yang masing-masing berumur 102 tahun, benar-benar membawa maksud pasangan sejati ke tahap yang luar biasa, lapor laman berita Asiaone hari ini.

Yuan Guanjin dan isterinya, Yin Hezhen, dilaporkan lahir pada hari yang sama iaitu 26 Mac 1924 selain telah berkahwin selama 75 tahun.

Mereka baru-baru ini menjadi tular di China selepas sesi penggambaran pada 19 Januari lalu yang memaparkan pasangan itu dikelilingi oleh beberapa generasi ahli keluarga.

Gambar-gambar lain turut menunjukkan pasangan tersebut berpakaian serba putih dengan Hezhen mengenakan perhiasan pengantin di kepala dan memegang sejambak bunga.

Menurut portal berita South China Morning Post, Guanjin pernah menjadi juara larian di daerahnya dan hanya menamatkan lima tahun persekolahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


Pada tahun 1950, dia diperkenalkan kepada Hezhen, seorang wanita dari kampung bersebelahan yang lahir dalam keluarga petani berada dan sering dipuji kerana kecantikannya.

Selepas berkahwin, pasangan itu mengusahakan sebuah ladang dan membesarkan lima orang anak bersama-sama, yang kini berusia antara 59 hingga 72 tahun.

Lebih tujuh dekad kemudian, mereka kini mempunyai dua orang cicit lelaki dan tiga orang cicit perempuan, dengan yang paling tua berusia 17 tahun.

Dalam satu temu bual bersama akhbar Hangzhou Daily, ketika ditanya tentang rahsia umur panjang ibu bapanya, anak bongsu mereka, Yuan Yaqin hanya ketawa.

“Saya tiada teori besar pun. Bapa saya suka makanan manis, jadi saya selalu tambah gula lebih sedikit semasa memasak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia mengamalkan diet sayur-sayuran, terutamanya sayur-sayuran hijau, lobak putih dan produk kacang soya dan sekali-sekala makan ikan,” katanya.

Hezhen pula sebaliknya gemar makan daging dan pada usia mudanya mampu minum tujuh hingga lapan unit alkohol sehari. – AGENSI

Pasangan umur 102 tahun rupanya lahir tarikh sama

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker