Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela

 

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Kerajaan Negeri Johor akan terus komited untuk memastikan kebajikan golongan ibu tunggal sentiasa terbela, kata Exco Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohd Jafni yang juga Ketua UMNO Bahagian Kulai memaklumkan beliau telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia (PITKM) Cawangan Kulai pada Jumaat.

 

“Alhamdulillah, saya berkesempatan hadir ke Kg Sri Paya bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PITKM Cawangan Kulai.

“Pertemuan ini bukan sekadar urusan rasmi organisasi, tetapi merupakan platform penting bagi saya untuk mendengar sendiri denyut nadi dan aspirasi kaum ibu yang menjadi tunggak kekuatan keluarga di daerah kita.

“Saya amat kagum dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh ahli-ahli PITKM Kulai. Anda semua adalah Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN-ADUN) kasih sayang luar biasa yang menggalas tanggungjawab sebagai bapa dan ibu serentak demi membesarkan anak-anak,” katanya.

Ujarnya yang juga ADUN Bukit Permai, pelbagai inisiatif pengupayaan wanita dan bantuan sosial terus diperkasakan agar setiap lapisan masyarakat merasai limpahan kemakmuran negeri.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela

“Teruskanlah berusaha meningkatkan kemahiran dan ekonomi kendiri melalui persatuan ini, kerana wanita yang berdaya adalah nadi kepada pembangunan komuniti yang sejahtera.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri Johor, kami akan terus komited memastikan kebajikan golongan ibu tunggal sentiasa terbela. Selari dengan agenda ‘Maju Johor’ yang diinspirasikan Oleh Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, pelbagai inisiatif pengupayaan wanita dan bantuan sosial terus diperkasakan agar setiap lapisan masyarakat merasai limpahan kemakmuran negeri. Suara anda sentiasa ada tempat di hati pentadbiran kami.

“Kepada seluruh kepimpinan dan ahli persatuan, syabas atas penganjuran mesyuarat agong ini. Saya mendoakan agar PITKM Kulai terus menjadi wadah sokongan yang efektif, tempat untuk berkongsi ilmu, serta pemangkin semangat buat semua ahli untuk terus sukses dalam apa jua bidang yang diceburi.

“InsyaAllah, selagi khidmat diperlukan, saya dan Kerajaan Negeri akan sentiasa berdiri teguh di belakang anda semua. Mari kita bersama-sama membina masa depan Johor yang lebih inklusif dan cemerlang. Demi rakyat, demi Johor. – UMNO Online

Kerajaan Negeri Johor Akan Terus Komited Pastikan Kebajikan Golongan Ibu Tunggal Sentiasa Terbela

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker