Blogger dakwa ekstrak emas daripada kad SIM

Blogger dakwa ekstrak emas daripada kad SIM

Blogger dakwa ekstrak emas daripada kad SIM
GAMBAR fail beberapa keping kad SIM. – Foto AFP

BEIJING – Seorang lelaki di selatan China menarik perhatian ramai selepas menunjukkan bagaimana dia mengekstrak 191.73 gram emas bernilai lebih 210,000 yuan (RM119,000) daripada kad SIM terbuang dan sisa elektronik lain, lapor laman berita Oddity Central.

Blogger dari Guangdong itu mendakwa bahawa dia berjaya menulenkan 191.73 gram emas daripada kad cip SIM terpakai dan komponen elektronik lain, menggunakan beberapa proses kompleks seperti pelarutan asid kuat dan pengurangan elektrolitik.

Dia turut berkongsi sebuah video memaparkan proses itu yang membuatkan ramai penonton teruja untuk mencubanya sendiri.

“Selama 10  tahun bekerja tidak sebaik setahun mengutip besi buruk,” komen seorang netizen pada video tular itu, sambil meminta blogger tersebut mengambilnya sebagai anak murid untuk dia belajar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading


“Cip SIM boleh digunakan untuk buat emas? Saya tidak pernah dengar perkara ini sebelum ini,” tulis seorang pengguna media sosial lain.

Video itu mencetuskan reaksi luar biasa di media sosial, namun pakar menjelaskan bahawa kandungan emas sebenar dalam cip kad SIM adalah sangat rendah.

Video tersebut mendakwa setiap kad itu mengandungi kira-kira 0.02 gram emas, tetapi kandungan sebenar hanya sekitar 0.47 miligram. Ini bermaksud ia memerlukan kira-kira 400,000 kad SIM untuk mengekstrak 191 gram emas. – AGENSI

Blogger dakwa ekstrak emas daripada kad SIM

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker