Wanita dibunuh teman lelaki: Saksi lihat MPV bercermin gelap masuk kawasan perumahan 4 petang semalam
Wanita dibunuh teman lelaki: Saksi lihat MPV bercermin gelap masuk kawasan perumahan 4 petang semalam

BATU PAHAT: Kenderaan pelbagai guna (MPV) yang sering digunakan wanita yang menjadi mangsa bunuh di sebuah rumah di Taman Damai II, di sini disedari memasuki kawasan perumahan itu kira-kira jam 4 petang semalam.
Bagaimanapun saksi yang menyaksikan perkara itu mengakui tidak pasti siapa yang memandu kenderaan terbabit ketika itu memandangkan MPV terbabit bercermin gelap.
“Memang saya ada nampak kenderaan itu masuk jam 4 petang, tapi saya tidak tahu siapa memandunya kerana cermin gelap. Saya pun tidak syak apa-apa sehinggalah pagi tadi nampak polis datang.
“Mereka ini jarang buka tingkap kenderaan kerana untuk masuk ke dalam kawasan ini, penduduk hanya perlu gunakan kad akses disediakan.
“Saya terkejut kerana tidak tahu apa-apa sehinggalah polis menceritakan kejadian kepada saya,” kata lelaki berusi lingkungan 60-an itu yang enggan namanya didedahkan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
Awal pagi tadi, wanita berusia 41 tahun yang dikatakan tidak pulang ke rumah sejak beberapa hari lalu ditemui mati di rumah terbabit, dipercayai dibunuh dengan muka ditekup bantal awal pagi tadi.
Mangsa disyaki dibunuh teman lelakinya pagi Selasa lalu, sebelum mayatnya ditemui jam 1 pagi tadi selepas kediaman itu diserbu polis.
Polis turut menahan teman lelaki mangsa berusia 44 tahun yang cedera pada leher dan lengan kiri disyaki akibat tindakan sendiri.
Dalam pada itu, penduduk setempat mengakui tertanya-tanya punca kehadiran polis di kediaman itu, sebelum menyedari berlaku kes bunuh.
Seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan berkata mangsa pernah menyewa rumah lain di kawasan terbabit, namun berpindah kerana suaminya meninggal dunia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza
- Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat
Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam
“Dulu dia tinggal bersama suaminya… sejak suami meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa tahun lalu, wanita itu berpindah ke rumah di lorong belakang.
“Saya tahu kejadian ini (bunuh) pagi tadi selepas bertanyakan rakan. Kalau tak silap mereka sudah lama tinggal di rumah itu.
“Kami ada tahu juga sedikit sebanyak pasal wanita ini. Walaupun tidak pernah bercakap, tapi kerap nampak mereka keluar masuk ke taman ini,” katanya.
Difahamkan, suspek dan kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), manakala mayat mangsa dibawa ke hospital sama untuk proses bedah siasat.
Wanita dibunuh teman lelaki: Saksi lihat MPV bercermin gelap masuk kawasan perumahan 4 petang semalam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.