Wanita beli emas RM9,000 pada 2001, jual dapat lebih RM200,000

Wanita beli emas RM9,000 pada 2001, jual dapat lebih RM200,000  

Wanita beli emas RM9,000 pada 2001, jual dapat lebih RM200,000
Pemilik kedai emas menunjukkan nilai keseluruhan barang kemas milik pelanggannya. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menerima wang 927 juta rupiah (RM217,609) selepas menjual barang kemas yang dibelinya sejak berpuluh-puluh tahun lalu, lapor portal berita Lambe Turah.

Rakaman video dikongsi di platform TikTok oleh akaun @tokomasgintarbrayan menunjukkan seorang wanita dipercayai pemilik kedai emas sedang mengira jumlah keseluruhan barang kemas berdasarkan harga semasa.

Pemilik kedai emas berkata, koleksi barang kemas itu dibeli oleh pelanggan pada harga 41 juta rupiah (RM9,625) pada tahun 2001.

Selepas mengira harga semasa, nilai koleksi tersebut meningkat kepada 927 juta rupiah.

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya perlu menyimpan emas,” kata seorang netizen.

“Ini adalah peringatan untuk menyimpan emas untuk jangka panjang,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Wanita beli emas RM9,000 pada 2001, jual dapat lebih RM200,000

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker