UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang

UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang

UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Ketua UMNO Bahagian Kepong, TPr Abdul Razak Abdul Rahman memandang serius pengumuman Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berhubung cadangan penstrukturan semula Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), khususnya melibatkan penglibatan langsung Ahli-ahli Parlimen dalam urus tadbir dan pentadbiran DBKL.

Menurut beliau, cadangan termasuk penubuhan lima jawatankuasa pemantauan yang dipengerusikan wakil rakyat itu menimbulkan persoalan besar dari sudut perundangan, tadbir urus serta prinsip pemisahan kuasa dalam sistem demokrasi negara.

“DBKL ditubuhkan dan beroperasi di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190) yang dengan jelas memperuntukkan bahawa kuasa eksekutif dan pentadbiran DBKL terletak kepada Datuk Bandar yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Struktur tersebut diwujudkan melalui undang-undang Parlimen dan bukan sesuatu yang boleh diubah melalui pengumuman pentadbiran atau kehendak politik semasa. Peranan Ahli Parlimen dalam sistem demokrasi adalah sebagai penggubal undang-undang dan pembuat dasar, bukannya sebagai pelaksana atau pengurus operasi pentadbiran bandar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam


“Penglibatan langsung Ahli Parlimen dalam keputusan pentadbiran DBKL sama ada melalui jawatankuasa atau pemantauan projek akan mengaburkan sempadan antara kuasa legislatif dan eksekutif. DBKL ialah agensi pelaksana perbandaran, bukannya institusi legislatif yang boleh ditadbir secara langsung oleh wakil rakyat,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya kerajaan benar-benar berhasrat mengubah peranan Ahli Parlimen dalam struktur DBKL, maka ia perlu dilakukan melalui pindaan Akta 190 di Parlimen secara terbuka dan telus, bukannya melalui pelantikan jawatankuasa yang tidak mempunyai asas perundangan yang jelas.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa cadangan tersebut membuka ruang kepada politisasi urus tadbir bandar dan boleh menjejaskan profesionalisme DBKL sebagai sebuah agensi teknikal yang seharusnya bersifat neutral.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi


UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang

“Cadangan agar setiap kelulusan Perintah Pembangunan perlu mendapat persetujuan Ahli Parlimen juga merupakan satu langkah ke belakang. DBKL telah pun mempunyai Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 yang digubal melalui proses perancangan yang menyeluruh, dibincangkan secara berperingkat serta telah diwartakan dan dikuatkuasakan melalui undang-undang. Meletakkan keperluan kelulusan tambahan berasaskan pertimbangan politik hanya akan melemahkan sistem sedia ada.

“Akauntabiliti tidak boleh dipandang ringan. Kepada siapa jawatankuasa-jawatankuasa ini akan bertanggungjawab. Apakah kuasa sebenar mereka dalam proses membuat keputusan.

“Apakah implikasinya sekiranya keputusan teknikal DBKL dipengaruhi oleh pertimbangan politik jangka pendek, lebih penting, adakah cadangan ini telah dibincangkan dan dipersetujui oleh Lembaga Penasihat DBKL seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang,” katanya lagi.

Sehubungan itu, TPr Abdul Razak menegaskan bahawa memperkasa wakil rakyat tidak bermakna mencampuradukkan fungsi institusi negara, sebaliknya reformasi sebenar perlu berpaksikan pematuhan undang-undang dan penghormatan terhadap struktur sedia ada.

“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan menghormati kerangka undang-undang DBKL, memastikan sebarang perubahan dibuat melalui Parlimen serta terus memelihara prinsip pemisahan kuasa dan tadbir urus profesional demi kepentingan warga Kuala Lumpur,” tegasnya.

Beliau menambah, urus tadbir yang baik bukan ditentukan oleh siapa yang memegang jawatan, tetapi bagaimana kuasa digunakan secara sah, telus dan berintegriti. – UMNO Online

UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker