Tahap keyakinan isu utama Wei Chong-Kai Wun

Tahap keyakinan isu utama Wei Chong-Kai Wun

Tahap keyakinan isu utama Wei Chong-Kai Wun
PEMAIN beregu lelaki negara,Man Wei Chong (kiri) dan Tee Kai Wun sudah beberapa kali tewas kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan diberikan tumpuan khusus terutama dari segi bantuan psikologi bagi meningkatkan kembali tahap keyakinan mereka semasa beraksi.

Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi berkata, Wei Chong-Kai Wun sudah beberapa kali tewas kepada pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dan perkara itu sedikit sebanyak mengoyahkan keyakinan diri mereka semasa bertembung di dalam gelanggang.

“Ya, memang ada sedikit kerana saya lihat pemain Indonesia, Sabar-Reza lebih berkeyakinan berbanding Wei Chong-Kai Wun yang kelihatan sedikit gelisah. Tambahan pula, Sabar-Reza mempunyai kelebihan rekod kemenangan (6-1).

“Jadi, sudah pasti pemain akan mempunyai tahap keyakinan yang berbeza. Itu sahaja kerana dari segi permainan dan teknik, saya rasa sama dan tidak jauh beza,” katanya.

Lima pertemuan terakhir menyaksikan kesemuanya dimenangi oleh wakil Indonesia itu manakala kali terakhir Wei Chong-Kai Wun mencatat kemenangan adalah pada Terbuka Indonesia 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


Justeru, antara langkah yang akan diambil ialah pihaknya akan bekerjasama dengan Institut Sukan Negara (ISN) bagi memberi fokus kepada aspek ini kerana ia dilihat amat penting buat pasangan itu termasuk gandingan negara yang lain.

“Sudah pasti kami perlu menonton banyak rakaman video (perlawanan sebelum ini) dari segi teknik. Kedua, dari aspek psikologi, terutama keyakinan, perlu ada banyak perbincangan. Perbincangan itu melibatkan saya dan pemain serta mungkin dibantu oleh ISN dari segi psikologi bagi meningkatkan tahap keyakinan mereka,” katanya.

Pada perkembangan sama, jurulatih kelahiran Indonesia itu menaruh harapan agar wakil beregu negara mampu meraih gelaran di Terbuka Jerman hujung bulan ini, namun tetap melihat cabaran sengit akan hadir daripada pihak lawan, terutama gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho–Seo Seung Jae.

“Kalau secara peribadi, sudah tentu saya mahukan semua gelaran. Namun, buat masa ini masih belum boleh diperkatakan kerana kami perlu melihat terlebih dahulu keadaan pemain. Sebab pada pandangan saya ketika ini, sektor paling sengit ialah beregu lelaki.

“Selain pemain Korea, saya rasa sesiapa sahaja boleh menang atau kalah. Jadi, persiapan perlu dibuat dengan lebih terperinci dan lebih baik,” katanya.

Terbuka Jerman akan bermula dari 27 Februari hingga 1 Mac dan meskipun ia hanya kejohanan Super 300, ia tetap disertai pemain elit dunia kerana kejohanan ini dijadikan medan pemanas badan sebelum Seluruh England (3 hingga 8 Mac) bermula.

Tahap keyakinan isu utama Wei Chong-Kai Wun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker