‘Spiderman’ terjatuh di Bukit Dinding

‘Spiderman’ terjatuh di Bukit Dinding

'Spiderman' terjatuh di Bukit Dinding
Anggota penyelamat Pertahanan Awam memberi bantuan kepada seorang lelaki berpakaian sut ‘Spiderman’ yang dipercayai terjatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah di Bukit Dinding. -Foto Facebook Pertahanan Awam

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berpakaian sut ‘spiderman’ cedera di kaki selepas terjatuh dari ketinggian 20 meter di Bukit Dinding, di sini, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Lumpur, Mejar Mohamad Aminullah Zulkafly, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5 petang.

“Dua pasukan penyelamat termasuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS) dikejarkan ke lokasi.

“Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendaki bukit sejauh kira-kira satu kilometer mengikut trek dan 70 meter di luar trek,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Aminullah berkata, mangsa berjaya ditemui dan dipercayai jatuh dari ketinggian 20 meter dengan kecuraman 75 darjah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


“Mangsa berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pasukan EMS untuk rawatan susulan dan menghantar mangsa ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker