Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UK
Rakyat Malaysia antara paling ramai beli rumah di UK

LONDON – Rakyat Singapura dan Malaysia merupakan antara 10 kumpulan terbesar pemilik hartanah antarabangsa di England dan Wales, lapor portal berita VnExpress semalam.
Rakyat Singapura berada di kedudukan kedua, merangkumi 16,096 unit kediaman atau 7.9 peratus daripada keseluruhan 202,568 hartanah milik asing di United Kingdom (UK).
Perkara itu dilaporkan portal hartanah EdgeProp Singapore, berdasarkan analisis pasaran terkini oleh Enness Global iaitu firma broker gadai janji yang memberi perkhidmatan kepada individu berpendapatan tinggi.
Warga Singapura juga merupakan kumpulan kedua terbesar pemilik hartanah luar negara di London, bandar yang mempunyai jumlah hartanah milik asing tertinggi, iaitu 68,729 unit atau 33.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.
Rakyat Malaysia pula berada di kedudukan keenam di England dan Wales dengan 9,936 kediaman, bersamaan 4.9 peratus daripada jumlah keseluruhan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
Mereka menduduki tempat teratas di wilayah East Midlands dan England timur.
Singapura dan Malaysia merupakan satu-satunya dua negara Asia Tenggara yang tersenarai dalam kelompok 10 teratas.
Pembeli dari Hong Kong merupakan kumpulan terbesar pemilik hartanah luar negara di England dan Wales, membentuk 13.8 peratus daripada hartanah milik asing. – AGENSI
Rakyat Singapura dan Malaysia merupakan antara 10 kumpulan terbesar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.