Polis gempur 2 ‘port’ sindiket penipuan pelaburan, 9 warga China ditahan
Polis gempur 2 ‘port’ sindiket penipuan pelaburan, 9 warga China ditahan

MELAKA: Dua sindiket penipuan pelaburan tidak wujud yang beroperasi menggunakan taktik pusat panggilan dilumpuhkan polis menerusi dua serbuan berasingan dalam tempoh kurang lima jam, kelmarin.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata serbuan membabitkan sebuah pangsapuri di Taman Kota Laksamana dan sebuah rumah berkembar dua tingkat di Taman Paya Rumput Perdana di Cheng.
Hasil serbuan, sembilan warga China berusia antara 27 hingga 44 tahun ditahan dipercayai terbabit kegiatan penipuan pelaburan tidak wujud dengan menyasarkan mangsa di China.
Serbuan pertama dilakukan kira-kira jam 4 petang di sebuah unit kediaman di pangsapuri berkenaan yang dipercayai dijadikan pusat operasi sindiket pusat panggilan penipuan pelaburan.
“Hasil pemeriksaan dua lelaki ditahan dan polis turut merampas barangan dianggarkan bernilai RM15,000 iaitu dua komputer riba, dua tetikus, empat telefon bimbit, wang tunai RM2,022 dan dua set dokumen perjalanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
“Siasatan awal mendapati sindiket menawarkan pelaburan tidak wujud dengan pulangan lumayan bagi memperdaya mangsa menggunakan aplikasi mudah alih,” katanya melalui kenyataan.
Susulan maklumat risikan, katanya serbuan kedua dijalankan kira-kira jam 7 malam di rumah berkembar berkenaan membawa penahanan enam lelaki dan seorang wanita warga China berusia 27 hingga 43 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan penipuan sama.
“Polis turut merampas komputer riba bersama pengecas, sembilan telefon bimbit, modem Wifi dan tujuh set dokumen perjalanan dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya.
Semua suspek direman empat hari bermula semalam hingga 1 Februari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan serta Akta Imigresen 1959/63.
Polis gempur 2 ‘port’ sindiket penipuan pelaburan, 9 warga China ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.