Mayat mangsa ditemui di rumah kebun di Tanjung Malim. Foto ihsan IPD Muallim
Mayat mangsa ditemui di rumah kebun di Tanjung Malim. Foto ihsan IPD Muallim

IPOH: Seorang lelaki warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan kecederaan di perut dan leher di sebuah rumah kebun berhampiran kolam ikan di Kampung Kelawar, Tanjong Malim, kira-kira 122 kilometer (km) dari sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 11 pagi daripada seorang lelaki tempatan yang juga majikan mangsa selepas menemui mayat mangsa ketika membuat lawatan ke kawasan kebun berkenaan.
Beliau berkata, ketika lawatan itu, majikan mangsa mendapati pintu rumah dalam keadaan terbuka sebelum menemui mangsa yang berusia 25 tahun terbaring di bahagian dapur dengan lokasi kejadian dianggarkan kira-kira 1.5 km dari jalan utama.
“Hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa berlumuran darah dan masih berpakaian lengkap. Kecederaan parah dipercayai akibat ditikam menggunakan sebilah parang di bahagian perut serta kesan kelar pada leher,” katanya dalam kenyataan malam ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
Mohd Hasni berkata, bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, pihak polis telah menahan dua lelaki warga Myanmar berusia 39 tahun bagi membantu siasatan dan permohonan reman akan dibuat bagi tujuan siasatan lanjut.
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk tujuan bedah siasat.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muallim ASP Mutazlim Hamdan di talian 011-10912754 atau IPD Muallim di talian 05-4528222.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mayat mangsa ditemui di rumah kebun di Tanjung Malim. Foto ihsan IPD Muallim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.