Ling Ching jumpa Jin Wei di separuh akhir Masters Thailand
Ling Ching jumpa Jin Wei di separuh akhir Masters Thailand

Kuala Lumpur: Malaysia mengesahkan tempat ke final acara perseorangan wanita selepas pertemuan sesama sendiri di peringkat separuh akhir Masters Thailand, esok.
Langkah cemerlang itu bermula daripada pemain muda negara, Wong Ling Ching yang dipaksa berhempas pulas sebelum bangkit menempah slot ke peringkat empat terbaik selepas menewaskan wakil India, Isharani Baruah pada aksi suku akhir, hari ini.
Meskipun tewas di set pertama, Ling Ching memperkemaskan semula rentak permainan di dua set seterusnya untuk menewaskan Isharani dalam perlawanan yang berlangsung tiga set 18-21, 21-16, 21-13 dalam masa 64 minit.
Kejayaan mara ke peringkat empat terbaik itu dianggap sebagai satu pencapaian cemerlang buat dirinya dalam penampilan di kejohanan Super 300, sekali gus berpeluang melakar sejarah tersendiri ke pentas final.
Pada aksi separuh akhir esok, Ling Ching akan bertemu rakan senegara, Goh Jin Wei yang turut mara ke peringkat seterusnya selepas menewaskan seorang lagi wakil Malaysia, K Letshanaa 12-21, 21-17, 21-19 dalam masa 55 minit.
Ling Ching jumpa Jin Wei di separuh akhir Masters Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.