Letupan gas di rumah, seorang wanita kritikal dengan luka melecur
Letupan gas di rumah, seorang wanita kritikal dengan luka melecur

IPOH: Seorang wanita berusia 63 tahun kritikal selepas sebuah tong gas meletup dalam kediamannya di Taman Kledang Emas awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi.
“Siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca pengumpulan gas dalam rumah dua tingkat itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Abang Zainal Abidin, pihak polis menerima panggilan kecemasan jam 4.02 pagi berhubung kebakaran rumah, sebelum pasukan peronda dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Setibanya di tempat kejadian, polis mendapati pintu kaca hadapan rumah pecah, manakala jeriji besi tercabut dan terpelanting ke luar, menunjukkan berlakunya satu letupan kuat.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
“Mangsa, mengalami kecederaan dengan melecur teruk hampir seluruh badan,” katanya.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati anak perempuan mangsa terhidu bau gas kuat ketika berada di tingkat atas, lalu memaklumkan ibu dan adiknya supaya segera keluar dari rumah.
“Ketika cuba menyelamatkan diri, mangsa turun ke tingkat bawah dan cuba menutup injap tong gas sebelum letupan berlaku,” katanya.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun oleh anaknya dan kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam keadaan ditidurkan.
“Tiada kecederaan lain dilaporkan dan suami mangsa tidak berada di rumah ketika kejadian,” katanya.
Seorang wanita berusia 63 tahun kritikal selepas sebuah tong gas meletup
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.