Frank pertahan pemilik Spurs
Frank pertahan pemilik Spurs

London: Thomas Frank menegaskan pemilik Tottenham yang sering dikritik adalah ‘sangat komited’ terhadap kelab itu meskipun bergelut mendapatkan pemain baharu pada jendela perpindahan bulan ini.
Spurs bakal berdepan salah seorang sasaran pemain yang gagal mereka peroleh apabila Manchester City berkunjung ke utara London dengan penyerang Ghana, Antoine Semenyo berada dalam skuad City.
Frank mendedahkan bekas bintang Bournemouth itu adalah antara sasaran utama Tottenham sebelum dia memilih untuk menyertai City menerusi perpindahan bernilai £65 juta (RM350.9 juta) bulan ini.
Dengan jendela perpindahan ditutup pada Isnin, satu-satunya pembelian Tottenham ialah pemain tengah England, Conor Gallagher dari Atletico Madrid, manakala penjaring terbanyak musim lalu, Brennan Johnson, sudah dijual kepada Crystal Palace.
Tottenham yang kini terperosok di tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) turut kehilangan beberapa tonggak utama akibat kecederaan jangka panjang termasuk James Maddison, Mohammed Kudus, Richarlison, Rodrigo Bentancur, Ben Davies dan Lucas Bergvall.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
- Malaysia Perkukuh Komitmen ASEAN Dalam AMM Retreat Di Cebu
- Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi
Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat
“Saya boleh berjanji bahawa keluarga Lewis sangat komited terhadap projek ini. Mereka mahu melakukan segalanya dan saya melanggar prinsip saya, mungkin sekali sahaja, untuk mengatakan bahawa tiada keraguan kelab benar-benar mahu mendapatkan Semenyo.
“Mereka sudah melakukan segala-galanya. Itu adalah isyarat jelas bahawa keluarga Lewis sangat komited,” katanya.
Frank berada di bawah tekanan hebat dalam musim pertamanya selepas berhijrah dari Brentford, namun beliau berjaya membawa Tottenham mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.
Apabila dimaklumkan mengenai rancangan bantahan terhadap pemilik oleh kumpulan penyokong ‘Change for Tottenham’ sebelum dan semasa perlawanan menentang City pada Ahad, Frank berkata penyokong perlu memahami kesukaran yang wujud dalam jendela perpindahan.
Frank pertahan pemilik Spurs
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Kepong Tegas Isu Penstrukturan Semula DBKL, Hormati Kerangka Undang-Undang
- Malaysia Mesti Beralih Kepada Pembangunan Berasaskan Nilai
- MyGIG Hargai Keprihatinan TPM, Terus Suarakan Isu Pemandu E-Hailing
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading
You must be logged in to post a comment.