Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan

Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan

Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan
Foto hiasan.

ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menyelamatkan empat lelaki selepas bot mencandat sotong dinaiki terbalik di perairan Pulau Rebak dekat Langkawi, awal pagi tadi.

Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kira-kira 5.05 pagi.

“Sebaik menerima panggilan, Bot Penggalang 11 digerakkan ke lokasi dan operasi mencari dan menyelamat empat lelaki tempatan yang semuanya berusia 18 tahun itu dimulakan.

“Mangsa berjaya ditemui jam 6.10 pagi dalam keadaan selamat selepas berpaut pada pelampung sementara menunggu bantuan tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua mangsa dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Bukit Malut dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pemeriksaan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.30 pagi,” katanya.

Bot terbalik: 4 pencandat sotong berpaut pelampung tunggu diselamatkan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker