Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata
Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melarikan sebuah beg dipercayai dari Toyota Avanza di hadapan sebuah pasar raya. – Foto Polis

BALING: Wanita kerugian RM10,000 selepas beg galas mengandungi wang tunai yang disimpan dalam kenderaannya di tepi pasar raya di Kupang, di sini, hilang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Brandon Richard Joe, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan wang tunai daripada wanita itu pada 11.40 pagi.

Pengadu mendakwa meletakkan Toyota Avanza serta beg galas mengandungi wang berkenaan jam 8.30 pagi di lokasi kejadian untuk membeli barang keperluan di sebuah pasar raya.

“Selepas selesai membeli barang, pengadu terus balik ke rumah dan menyedari beg galas itu hilang dan tiada dalam kenderaannya.

“Berikutan itu, pengadu kehilangan wang tunai RM10,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat


Brandon berkata pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati seorang lelaki yang dipercayai warga tempatan berusia antara 20-an hingga 30-an membuka pintu hadapan bahagian penumpang kenderaan itu dan melarikan beg galas berkenaan.

“Wang tunai yang hilang adalah hasil perniagaan pengadu yang mahu disimpan dalam bank.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan bagi kesalahan mencuri, ” katanya.

Beg galas berisi RM10,000 dalam Avanza dikebas, peniaga wanita berputih mata

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Biarlah Kerajaan Negeri Ditadbir Pemimpin Terbukti Berfungsi – Pemuda UMNO Sri Gading

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker