Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

 

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

JOHOR BAHRU, 30 Jan – Pemuda UMNO Johor menyifatkan cabaran berkaitan isu “poster boy” yang dibangkitkan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai satu gimik politik semata-mata, selain mempersoalkan sumbangan sebenar parti itu kepada rakyat Johor.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Johor, Ts Mohd Syes Mohamed berkata, isu tersebut dilihat cuba mengalih perhatian rakyat daripada ketiadaan rekod kerja dan tawaran sebenar Amanah di negeri ini.

“Soalnya mudah, apa sebenarnya yang Amanah telah buat untuk rakyat Johor?” katanya dalam satu kenyataan berikutan cabaran Amanah Johor yang mahukan UMNO Johor meletak Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau sebagai poster boy Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Menurut beliau, ketika rakyat berdepan tekanan kos sara hidup, keperluan peluang pekerjaan serta tuntutan pembangunan setempat, Amanah dilihat lebih gemar bermain persepsi, mencipta sensasi dan mengemis kuasa melalui cabaran politik murahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Beliau menegaskan bahawa politik di Johor bukan medan pertandingan kuasa atau sentimen, sebaliknya menuntut keupayaan mentadbir, keberanian membuat keputusan dan keikhlasan berkhidmat kepada rakyat.

Ts Mohd Syes turut mempertahankan kepimpinan Menteri Besar Johor ketika ini yang disifatkan sebagai seorang pemimpin berorientasikan kerja, bukan politik sempit.

“Menteri Besar Johor hari ini sentiasa turun ke lapangan, menyusun ekonomi negeri, menarik pelaburan, membuka peluang pekerjaan dan membina kestabilan Johor,” katanya.

Sebaliknya, beliau mendakwa Amanah Johor lebih menonjol dari segi percakapan politik tetapi lemah dalam soal bekerja untuk rakyat, selain gagal menampilkan kepimpinan yang jelas dan diyakini.

“Mereka bercakap soal keberanian, tetapi keliru dengan hala tuju, bergantung kepada parti lain dan gagal menampilkan pemimpin yang benar-benar mampu mengemudi Johor,” katanya sambil mempersoalkan siapakah tokoh Amanah Johor yang layak diketengahkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi


Tambah beliau, Pemuda UMNO Johor berpendirian Amanah seharusnya bersikap jujur dengan rakyat dan mengakui ketiadaan tawaran sebenar, bukannya terus mencipta drama politik melalui isu “poster boy”.

“UMNO tidak mengemis kuasa. UMNO membina kepercayaan melalui kerja dan menawarkan hasil, bukan lakonan politik,” tegasnya.

Beliau menegaskan rakyat Johor kini menilai prestasi dan fungsi sebenar sesebuah parti, bukan retorik atau kenyataan media semata-mata.

“UMNO Johor akan terus fokus membina negeri dan membela rakyat, bukan terperangkap dalam politik gimik yang kosong,” katanya lagi. – UMNO Online

Pemuda UMNO Johor Anggap Cabaran ‘Poster Boy’ Gimik Politik, Persoal Sumbangan Kepada Rakyat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker