Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat

Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat

Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat

MELAKA, 29 Jan – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Tuminah Mohd Hashim telah turun padang mengadakan lawatan tapak bagi Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi) yang dikelolakan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKKB) Tanjung Kling, melibatkan projek semaian dan tanaman komersial cendawan tiram.

Menurutnya, pelaksanaan projek ini bukan sahaja mampu menjana sumber pendapatan baharu kepada komuniti setempat, malah selari dengan usaha kerajaan dalam memperkukuh agenda keterjaminan makanan dan pemerkasaan ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.

“Program SejaTi ini memberi peluang kepada penduduk setempat untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti ekonomi yang berpotensi tinggi. Usaha tanaman cendawan tiram ini dilihat mampu menjadi sumber pendapatan mampan jika diuruskan dengan baik dan berterusan,” katanya.

Beliau turut menzahirkan harapan agar kerjasama erat antara agensi kerajaan dan komuniti kampung dapat memastikan kejayaan program tersebut, seterusnya memberi impak positif jangka panjang kepada kesejahteraan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


“Saya berharap inisiatif ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh komuniti Tanjung Kling dan menjadi contoh kepada kampung-kampung lain dalam membangunkan ekonomi berasaskan komuniti,” tambah beliau.

Ujarnya, Program SejaTi merupakan antara inisiatif MADANI yang menumpukan kepada pembangunan komuniti secara inklusif, berdaya tahan dan berorientasikan keperluan rakyat setempat.

Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat

Terdahulu beliau turut memulakan tugasan dengan menyantuni warga DUN Pantai Kundor yang hadir ke Pejabat Japerun Pantai Kundor bagi mengemukakan pelbagai permohonan dan aduan berkaitan kebajikan setempat.

Menurut beliau, setiap permohonan yang diterima akan diberi perhatian sewajarnya dan diusahakan sebaik mungkin bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat. – UMNO Online


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker