Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam
Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa menegaskan bahawa memartabatkan bahasa Melayu adalah isu kenegaraan yang wajib dipertahankan.
Ini kerana katanya, pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) mesti dibuat selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama.
“Isu UEC yang sudah lama menyepi dan secara tiba-tiba muncul kembali hendaklah dibincangkan dengan berfakta serta berperlembagaan.
“Titah tuanku cukup jelas. Jika hendak buat sistem pendidikan baharu, ianya mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa utama kerana ianya adalah bahasa kebangsaan.
“Ingin saya tegaskan bahawa mempelajari, menjulang dan memartabatkan bahasa Melayu bukanlah isu perkauman tetapi ia isu kenegaraan yang wajib kita pertahankan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
“Biarlah Perdana Menteri (PMX) dan jemaah menteri menyelesaikan masalah ini demi kepentingan kita semua. Sebenarnya PMX sentiasa menghormati pandangan setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan. Insya-Allah kemelut ini akan diselesaikan bersama-sama,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak pernah menolak pembangunan namun kelompongan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA) menimbulkan keresahan rakyat.
“Selaku ahli parlimen UMNO/BN, saya menyambut baik keputusan kerajaan untuk menarik balik pembentangan RUU URA pada sesi kali ini. Kami ahli-ahli UMNO tidak pernah menolak pembangunan, namun RUU tersebut masih banyak kelompangannya yang menimbulkan keresahan rakyat.
“Setelah RUU URA mengambil kira 14 syor penambahbaikan yang dikemukakan pada Konvensyen URA anjuran UMNO pada 3 Oktober tahun lalu, Insya-Allah rakyat akan menerima dengan seadanya. Kami akan menyokong apa jua usaha-usaha yang dibuat oleh Kerajaan Madani ini,” katanya lagi. – UMNO Online
Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.