MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu terus diperkukuhkan demi menjamin keadilan, keseimbangan federalisme dan kesejahteraan rakyat negeri itu, kata Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Moktar.
Ujarnya, MA63 bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya merupakan asas pembentukan Malaysia yang mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu atau ‘equal partners’ dalam Persekutuan, bukannya sekadar negeri biasa.
“MA63 adalah perjanjian asas yang menjamin hak dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Ia bukan bersifat simbolik atau tertakluk kepada budi bicara kerajaan semasa, sebaliknya merupakan janji perlembagaan yang wajib dihormati,” katanya ketika membahaskan perkara tersebut.
“Hak utama Sabah yang perlu diberi perhatian serius ialah hak ke atas 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam Perkara 112C dan Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan.
“Peruntukan ini jelas dan nyata. Ia adalah syarat asas penyertaan Sabah dalam pembentukan Malaysia dan tidak boleh ditafsirkan secara sempit atau diketepikan atas apa jua alasan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau turut menyentuh isu hak royalti petroleum dan gas, khususnya berkaitan jawapan bertulis bagi Soalan No. 56 bertarikh 20 Januari 2026 yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi).
Katanya, jawapan tersebut wajar dikaji semula dan dimurnikan agar tidak mengelirukan serta tidak menafikan hak Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi Persekutuan.
“Bagaimana mungkin suatu perjanjian yang digubal secara unilateral tanpa persetujuan pihak berkepentingan boleh mengatasi Perjanjian Malaysia 1963 yang secara jelas menjamin hak negeri ke atas sumber asli mereka.
“Isu berkaitan MA63 perlu ditangani secara berhati-hati dan berprinsip kerana sebarang kekeliruan atau tafsiran yang tidak tepat boleh menimbulkan kegusaran dan ketegangan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
“Usaha mengembalikan dan memperkukuhkan hak-hak Sabah ini bukan sahaja menzahirkan komitmen kerajaan terhadap prinsip perundangan antarabangsa bahawa perjanjian mesti dihormati, malah memperteguh kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi sebenar dalam Persekutuan Malaysia,” katanya lagi.
Beliau turut menegaskan bahawa penghormatan terhadap MA63 selari dengan tuntutan Islam sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah al-Maidah ayat 1 yang menyeru agar perjanjian dipenuhi dan disempurnakan.
“Dengan menghormati MA63, kita bukan sahaja menegakkan keadilan dan keseimbangan dalam sistem federalisme, malah memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus terpelihara dan terjamin,” katanya lagi. – UMNO Online
Oleh: Nuralyaa Izzati Azman
MA63: Kedudukan Sabah Sebagai Rakan Kongsi Persekutuan Perlu Diperkukuhkan – Mohd Kurniawan Naim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PTPTN Terus Sokong Pengajaran Dan Pembelajaran Selari Kemajuan Teknologi Pendidikan – Norliza
- Ahli Parlimen Kuala Pilah Minta KPM Nyatakan Langkah Khusus, Kurangkan Tekanan Guru
- Memperkukuh Ekonomi Setempat, ADUN Pantai Kundor Terus Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam
You must be logged in to post a comment.