Keluarga tewaskan ular sawa hampir 100 kilogram

Keluarga tewaskan ular sawa hampir 100 kilogram

Keluarga tewaskan ular sawa hampir 100 kilogram
SEEKOR ular sawa seberat hampir 100 kilogram ditewaskan oleh satu keluarga. – Foto Tangkap Layar/New York Post

MIAMI – Seorang pemburu ular di Florida, Amerika Syarikat (AS) bersama isteri dan dua anak mereka berjaya menewaskan seekor ular sawa Burma seberat 92 kilogram dalam satu pergelutan, lapor portal berita New York Post semalam.

Menurut portal berita Naples News, Carl Jackson, seorang pemburu ular sawa Burma dengan Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida (FWC) berada di Everglades pada 13 Januari lalu untuk menangani spesies invasif apabila dia menemui reptilia besar itu.

Jackson, 43, terkejut melihat saiz besar ular itu sepanjang 5 meter apabila reptilia tersebut membelit kakinya dan menarik mangsa.

“Ia seperti menunggang kuda perlahan-perlahan. Ia sungguh gila,” katanya kepada akhbar tempatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi



Namun, Jackson yang berasal dari Utah dibantu oleh isteri, Tasha dan anak-anak mereka, Ryker Young, 20 serta Jazzyln Bateman, 16, menarik ular itu dari kakinya.

Ini merupakan pengalaman luar biasa bagi Tasha, Young dan Bateman yang baru sahaja disahkan sebagai pembantu Jackson untuk membantu menangkap ular sawa di Florida.

Menurut FWC, reptilia yang dibunuh oleh keluarga ini merupakan ular sawa Burma kedua paling berat yang pernah ditangkap di Florida.

Ular sawa paling berat ditangkap pada 2022 adalah 97 kilogram, kata FWC. – AGENSI

Keluarga tewaskan ular sawa hampir 100 kilogram

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker