Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi

Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi

Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Rahimi Abdul Samad menyifatkan penganjuran BN Forum Siri ke-9 sebagai satu medan wacana politik yang penting dan relevan dalam usaha merangka hala tuju baharu Barisan Nasional (BN) agar terus kekal signifikan dalam landskap politik negara yang semakin dinamik.

Beliau berkata, forum bertajuk “Better Nation Forum: Model Baharu BN – Antara Politik Tradisi dan Tuntutan Zaman” yang berlangsung pada Rabu lalu itu memberi ruang perbincangan terbuka dan konstruktif berhubung cabaran serta keperluan pembaharuan yang perlu digerakkan oleh BN, khususnya dalam mendepani perubahan sikap dan keutamaan pengundi masa kini.

Menurut Rahimi, forum tersebut menampilkan panelis berwibawa dan berpengalaman luas dalam analisis politik semasa iaitu Dr Bridget Welsh dari Universiti Nottingham Malaysia, Dr Lee Hwok Aun dari Yusof Ishak Institute (ISEAS), Singapura serta Hisommudin Bakar mewakili ILHAM Centre, manakala sesi perbincangan dikendalikan oleh Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Agung Barisan Nasional merangkap Menteri Pengajian Tinggi.

“Perbincangan yang berlangsung secara terbuka, jujur dan berfakta ini mencerminkan kesediaan Barisan Nasional untuk menerima pandangan pelbagai pihak, sekali gus menilai secara realistik kedudukan dan cabaran parti dalam konteks politik semasa,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Tambah beliau, antara intipati utama yang diketengahkan ialah keperluan BN untuk tidak lagi dibuai nostalgia kejayaan lampau, sebaliknya berani membaca perubahan landskap politik, memahami kehendak serta tuntutan pengundi baharu, selain membina pendekatan politik yang lebih segar, inklusif dan berteraskan data serta realiti rakyat.

Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan masa hadapan BN tidak hanya bergantung kepada kepimpinan tertinggi semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan peranan aktif seluruh ahli parti di semua peringkat, termasuk dalam usaha mengumpul data, menyusun strategi berkesan, memperkukuh jentera parti serta membina kekuatan secara tersusun dan berdisiplin.

“PRU16 bukan medan yang mudah. Cabarannya besar dan kompleks, namun dengan kesatuan yang kukuh, disiplin organisasi, kebijaksanaan strategi serta keberanian untuk berubah selari dengan kehendak semasa, kemenangan tetap boleh dibina,” ujarnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi


Dalam pada itu beliau turut berharap medium hebahan diperluaskan sebaiknya untuk pimpinan bahagian seluruh negara.

Forum berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, yang mencerminkan komitmen kepimpinan tertinggi BN dalam memperkukuh wacana pemikiran serta hala tuju parti.- UMNO Online

Forum BN Bukti Kesediaan Parti Laksana Pembaharuan Strategi – Rahimi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Memartabatkan Bahasa Melayu Adalah Isu Kenegaraan Yang Wajib Dipertahankan – Mohd Isam

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker