Ahli Parlimen Kuala Pilah Minta KPM Nyatakan Langkah Khusus, Kurangkan Tekanan Guru
Ahli Parlimen Kuala Pilah Minta KPM Nyatakan Langkah Khusus, Kurangkan Tekanan Guru

KUALA LUMPUR, 29 Jan – Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan meminta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyatakan langkah yang sedang dilaksanakan untuk memastikan sebarang pembaharuan dasar pendidikan tidak menambah tekanan para guru.
Ini kerana katanya, perubahan dasar yang tidak disertai persediaan rapi di peringkat sekolah turut menyebabkan ibu bapa kurang berpuas hati dan guru sering dipersalahkan.
“Guru merupakan pelaksana utama dan penentu kejayaan setiap reformasi pendidikan negara. Guru bukan sekadar penyampai silibus, tetapi tulang belakang kepada keseluruhan sistem pendidikan.
“Sehubungan itu, sebarang perubahan dasar yang dilaksanakan secara mengejut tanpa penghadaman mencukupi berpotensi menambah beban tugas guru dan menjejaskan kesejahteraan emosi serta profesional mereka. Apabila perubahan dasar tidak disertai dengan persediaan yang rapi di peringkat sekolah, tekanan sistem ini akhirnya akan dipindahkan kepada guru.
“Dalam banyak keadaan, apabila ibu bapa tidak berpuas hati akibat kekangan yang berpunca daripada dasar dan pelaksanaan, guru sering menjadi pihak dipersalahkan, dilaporkan melalui saluran aduan seperti SISPAA, walaupun punca sebenar berpunca daripada dasar serta perancangan di peringkat atasan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KKDW Pacu Pembangunan Desa, Manfaat Besar Kepada Rakyat – Manndzri
- PRK Kinabatangan, Lamag: Bukti Kerjasama Politik Matang Jamin Kemenangan BN – Salleh
- Mohd Zaidy Utamakan Kepentingan Rakyat, Tangani Keperluan Untuk Kesejahteraan
Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim
Beliau berkata demikian ketika sesi perbahasan di Parlimen, sebentar tadi.
Tambahnya, tekanan berterusan itu telah memberi kesan kepada kelangsungan profesion perguruan termasuk dalam konteks kesihatan mental para guru.
“Tekanan berterusan ini memberi kesan langsung kepada kelangsungan profesion perguruan. Data KPM menunjukkan bahawa 67.44 peratus guru memilih untuk bersara awal kerana tidak lagi berminat dengan kerjaya, dengan purata 5,594 guru bersara awal setiap tahun bagi tempoh 2022 hingga 2024.
“Keadaan ini memaksa kementerian melaksanakan pengambilan guru tetap dua kali setahun dan membuka permohonan sepanjang tahun untuk menampung kekurangan tenaga pengajar.
“Dalam konteks kesihatan mental guru, beberapa dapatan terdahulu yang menunjukkan wujudnya tekanan kerja dalam kalangan guru. Walaupun terdapat usaha berterusan kerajaan untuk menjaga kebajikan guru, realiti di lapangan menunjukkan bahawa sebahagian guru masih berhadapan dengan keletihan melampau akibat tekanan kerja yang berlebihan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Asyraf Wajdi Santuni Rakyat Gerik, Perkukuh Jalinan Ukhuwah
- UMNO Terus Jadi Jambatan Rakyat, Hak Dan Kebajikan Masyarakat Diperkasa
- RUU URA: Bukti UMNO Bawa Suara Rakyat – TPr Abdul Razak
Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi
“Sehubungan itu, Kuala Pilah ingin mendapatkan data terkini KPM berhubung tahap kesihatan mental guru di negara ini dan apakah langkah-langkah khusus yang sedang atau akan dilaksanakan untuk memastikan sebarang pembaharuan dasar pendidikan tidak menambah tekanan kepada guru sehingga menjejaskan kesejahteraan, motivasi serta kelangsungan profesion perguruan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan apat memberikan keutamaan yang sewajarnya kepada pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
“Kuala Pilah menyambut baik titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda yang ke-78 di Istana Besar Seri Menanti, agar pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia dapat direalisasikan.
“Titah tersebut mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap keperluan memperkukuh kemudahan dan perkhidmatan kesihatan di Negeri Sembilan.
“Sehubungan itu, Kuala Pilah berharap agar Kerajaan dapat memberikan keutamaan yang sewajarnya kepada pembinaan Hospital Universiti Sains Islam Malaysia yang akan berperanan memperkukuh perkhidmatan kesihatan awam di Negeri Sembilan,” katanya lagi. – UMNO Online
Ahli Parlimen Kuala Pilah Minta KPM Nyatakan Langkah Khusus, Kurangkan Tekanan Guru
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.