Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

KUALA LUMPUR, 28 Jan – Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir menegaskan perlunya kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan sistem dan perisian tempatan dalam sektor keselamatan negara bagi menjamin kedaulatan dan kepentingan nasional.

Menurutnya, pendekatan kerajaan yang terlalu bergantung kepada sistem dan perisian asing bagi fungsi kritikal keselamatan negara boleh menimbulkan pelbagai risiko jangka panjang.

“Agensi seperti NADMA, Majlis Keselamatan Negara dan Angkatan Tentera Malaysia seharusnya menjadi peneraju dalam memperkasakan penggunaan sistem yang dibangunkan oleh syarikat tempatan khususnya bagi sistem operasi, analitik, pengurusan data dan sokongan keputusan,” katanya ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Jelas beliau, banyak sistem asing digunakan oleh kerajaan dengan alasan ia terbukti selamat di negara lain, sedangkan kesesuaiannya dengan konteks Malaysia tidak pernah diuji sepenuhnya.

“Pendekatan sebegini bukan sahaja menutup ruang kepada syarikat tempatan untuk membuktikan kemampuan mereka, malah mendedahkan negara kepada risiko keselamatan data strategik serta keterikatan jangka panjang dengan pembekal luar,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Program Kupasan PAU 2025 UMNO Seputeh Perkukuh Kefahaman Akar Umbi


Datuk Suhaimi turut menggesa agar kerajaan menetapkan dasar “keutamaan nasional” bagi memastikan agensi strategik negara memberi peluang kepada sistem tempatan melalui pelaksanaan projek rintis dan berperingkat.

Dalam ucapannya, beliau turut menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menekankan keperluan memperkukuh keselamatan negara berdepan ancaman moden dan jenayah berat.

“Pasukan keselamatan kita, khususnya PDRM dan Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sabah, berdepan kekurangan aset operasi sehingga perlu berkongsi dengan batalion lain,” ujarnya.

Katanya, keadaan itu menjejaskan kecekapan operasi serta memberi risiko terhadap keselamatan anggota di lapangan.

Beliau turut menegaskan isu kuarters anggota yang belum diselesaikan sepenuhnya, menyebabkan ramai terpaksa menyewa jauh dari tempat bertugas, sekali gus menjejaskan kebajikan dan kesiapsiagaan operasi.

“Terdapat anggota PDRM yang telah dilatih dalam bidang perisikan, tetapi selepas tamat latihan mereka tidak ditempatkan di unit bersesuaian. Ini satu pembaziran sumber manusia dan kewangan negara,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemenangan BN Di Kinabatangan Dan Lamag Adalah Amanah Rakyat – Noraini


Datuk Suhaimi turut menggesa kerajaan menilai semula elaun khas operasi agar mencerminkan tahap risiko, tempoh penugasan dan realiti kerja di lapangan.

“Kerajaan perlu memberi perhatian kepada penilaian aset, perancangan kuarters, semakan elaun khas serta penempatan anggota yang bersesuaian supaya kepakaran mereka benar-benar dimanfaatkan,” tegas beliau.

Menyentuh isu pembangunan setempat, Datuk Suhaimi menekankan bahawa Libaran mempunyai populasi yang besar dan berselerak, menuntut pendekatan perkhidmatan asas yang lebih bersifat wilayah.

“Masalah sebenar rakyat Libaran bukan hanya soal harga rumah, tetapi akses kepada kemudahan harian dan mobiliti. Kawasan seperti Tinusa, Sungai Obar, Kampung Sentosa dan Taman Fajar masih berdepan kos masa dan perjalanan yang tinggi,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan perumahan mampu milik tanpa akses pengangkutan yang munasabah dan selamat hanya akan membebankan rakyat dengan “kos tersembunyi” setiap bulan.

“Kawasan seperti Tinusa perlu diberikan perhatian khas dari segi jaringan laluan alternatif dan perkhidmatan setempat bagi menampung pertumbuhan penduduk yang pesat,” katanya.

Datuk Suhaimi menutup ucapannya dengan menyeru kerajaan untuk melaksanakan dasar yang berpaksikan kedaulatan teknologi, keselamatan nasional dan kesejahteraan rakyat luar bandar, agar Malaysia kekal berdaya saing serta berdaulat di pentas global.- UMNO Online

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim

 



Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker