Tiga warga Iran didakwa rompak barangan kemas seorang pesara

Tiga warga Iran didakwa rompak barangan kemas seorang pesara

Tiga warga Iran didakwa rompak barangan kemas seorang pesara
Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Tiga warga Iran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pesara warga emas.

Dua lelaki, iaitu Arash Razmkhah, 28, dan Mahdi Javanpour, 18, serta ibu saudara Mahdi, Sahar Javanpour Ahmad, 35, didakwa merompak cincin serta rantai tangan emas bernilai RM30,000 milik lelaki berusia 81 tahun, di hadapan sebuah rumah di Taman Sri Petaling di sini, pada 6.20 petang, 9 Januari lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Syafina Mohd Redzuan tidak menawarkan jaminan kerana ketiga-tiga tertuduh ialah warga Iran, namun sekiranya mahkamah menggunakan budi bicara dengan membenarkan jaminan, pihaknya memohon jumlah jaminan yang tinggi berserta syarat tambahan pasport mereka diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai.

Peguam K Komagan yang mewakili tiga individu itu, memohon mahkamah membenarkan jaminan minimum memandangkan mereka masuk ke Malaysia dengan menggunakan visa pelancong pada 9 Januari lalu, menanggung keluarga selain tidak membantah syarat tambahan pendakwaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Ugutan Pertandingan Tiga Penjuru Bukan Tanda Keberanian Politik – Abdul Halim


Hakim Mazuliana Abdul Rashid menetapkan sebutan kes pada 27 Februari ini dan membenarkan jaminan RM30,000 dengan dua penjamin warga Malaysia bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan. – BERNAMA

Tiga warga Iran didakwa rompak barangan kemas seorang pesara

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker