Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Edar Kad Kahwin
Syed Saddiq nafi dakwaan edar kad kahwin dengan Bella Astillah, jelaskan dokumen tular itu urusan rasmi wakili orang Muar.
”Tahun Ni Sangat Bermakna Dan Istimewa”
Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menafikan dakwaan kononnya beliau telah mengedarkan kad undangan perkahwinan bersama Bella Astillah, seperti yang hangat diperkatakan di media sosial kebelakangan ini.
Menurut Syed Saddiq, 33, video tular yang memaparkan dirinya seolah-olah mengedarkan sesuatu kepada beberapa individu di Parlimen telah disalah tafsir oleh orang ramai.
Rupanya dokumen urusan rasmi
Menjelaskan keadaan sebenar, Syed Saddiq menegaskan dokumen yang diserahkan itu bukan kad kahwin, sebaliknya melibatkan urusan rasmi bagi mewakili penduduk Parlimen Muar.
Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di Parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Beliau turut menekankan bahawa tindakan tersebut adalah sebahagian daripada tanggungjawab hakiki sebagai wakil rakyat.
Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya.
Syed Saddiq tak tolak kemungkinan soal kahwin

Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba.
Syed Saddiq turut mengakui isu tersebut bukanlah perkara baharu dalam hidupnya dan wanita istimewa berkenaan, selain memohon agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik.
Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa.
Pssttt! Tak semua yang tular itu benar. Sebelum membuat andaian, eloklah dengar penjelasan empunya diri supaya tak timbul salah faham dan fitnah.
Kredit: Beautifulnara
Syed Saddiq Perjelas Dakwaan Edar Kad Kahwin
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Puteri UMNO Komited Perkasa Ekonomi Wanita Muda
- PPBM Perlu Muhasabah, Jangan Terus Menjadi Punca Perpecahan Orang Melayu
- Kepimpinan Muda BN Raih Kepercayaan, Bawa Aspirasi Rakyat – Rushamizan
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Utamakan Sistem Tempatan, Perkukuh Keupayaan Keselamatan Dan Kebajikan Rakyat – Suhaimi
You must be logged in to post a comment.